Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singa Muda fokus di padang latihan jelang lawan Timor Leste

Dec 5, 2025 | 8:37 PM
bola sepak, Sukan SEA,
Pasukan bawah 22 tahun negara mengadakan latihan di Kelab Bola Sepak Romsai, Thailand, pada 5 Disember menjelang perlawanan pembukaan Sukan SEA 2025 pada 6 Disember di Stadium Rajamangala, Bangkok. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Tekad, tumpuan dan kesungguhan jelas terukir di wajah setiap pemain skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, sedang mereka membuat persiapan menghadapi Timor Leste dalam perlawanan sulung di Sukan SEA pada 6 Disember di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Sesi latihan tersebut diadakan pada 5 Disember di Kelab Bola Sepak Romsai di Bangkok.

Dengan Thailand turut membentuk Kumpulan A, anak didik Firdaus Kassim tidak mampu tercicir mata apabila membuka kempen Sukan SEA, apatah lagi selepas kemenangan besar 6-1 pasukan tuan rumah ke atas Timor Leste pada 3 Disember.

Meskipun Timor Leste tewas dalam perlawanan pembukaannya itu, Firdaus mengingatkan anak didiknya supaya tidak meremehkan kemampuan pasukan lawan, yang menurutnya telah menunjukkan permainan yang baik semasa menentang Thailand terutama dalam aksi separuh masa pertama.

Kemenangan dalam perlawanan pembukaan itu penting bagi menyuntik rentak positif menjelang pertembungan mencabar menentang Thailand pada 11 Disember nanti.

Hanya juara kumpulan berpeluang mara ke separuh akhir, manakala hanya sebuah pasukan terbaik di tangga kedua dalam kalangan tiga kumpulan akan turut serta.

Perlawanan menentang Timor Leste djadual bermula pada 8 malam waktu Singapura dan akan disiarkan secara langsung di saluran meWATCH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg