Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tarikh bicara tuduhan langgar aturan kewangan City ditetap

Jumlah, ciri tuduhan berbeza daripada dakwaan ke atas Everton, Forest: EPL
Jan 17, 2024 | 02:17 PM



LONDON: Satu tarikh telah ditetapkan bagi perbicaraan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan oleh Manchester City, kata Ketua Pegawai Eksekutif Liga Perdana England (EPL), Richard Masters.


Namun beliau menyatakan tarikh itu tidak boleh didedahkan.

City didakwa pada Februari 2023 dengan lebih 100 pelanggaran peraturan kewangan liga itu sejak kelab tersebut diambil alih oleh City Football Group, yang berpangkalan di Abu Dhabi, pada 2008, dan dirujuk kepada sebuah suruhanjaya bebas untuk perbicaraan.

“Ada tarikh yang ditetapkan bagi prosiding itu. Malangnya, saya tidak dapat memberitahu anda bila tetapi ia sedang berkembang,” kata Masters kepada Jawatankuasa Budaya, Media dan Sukan (CMS) Parlimen United Kingdom.

Apabila pertuduhan diumumkan pada Februari lalu, City berkata mereka mengalu-alukan “semakan perkara ini oleh sebuah suruhanjaya bebas, untuk mempertimbangkan secara tidak berpihak bukti menyeluruh yang tidak dapat dinafikan yang wujud untuk menyokong kedudukannya.”

Tuduhan terhadap kelab itu, yang sedang menyasarkan kejuaraan Liga Perdana keempat berturut-turut musim ini, berbeza daripada tuduhan yang dikenakan terhadap Everton dan Nottingham Forest pada 15 Januari, kata Masters kepada jawatankuasa itu.

“Jika mana-mana kelab, juara semasa atau sebaliknya, telah didapati melanggar peraturan perbelanjaan, mereka akan berada dalam kedudukan yang sama seperti Everton atau Nottingham Forest,” katanya.

“Tetapi jumlah dan ciri pertuduhan yang dikemukakan terhadap Manchester City, yang adalah jelas bahawa saya tidak boleh bercakap mengenainya sama sekali, dibicarakan dalam persekitaran yang berbeza sama sekali.”

Everton dan Forest berdepan denda pemotongan mata kerana melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan dalam kempen 2022-23 – yang akan menjadi yang kedua bagi Everton musim ini selepas mereka dikenakan pemotongan 10 mata pada November.

Pasukan The Toffees itu telah merayu keputusan tersebut, yang memutuskan mereka telah melanggar had pada hujung musim 2021-22.

Pertuduhan terhadap City adalah bagi tempoh sembilan tahun bermula 2009.

Sejak 2009, City telah memenangi EPL sebanyak tujuh kali tetapi pasukan itu boleh dikenakan tindakan penyingkiran daripada liga tersebut dan kejuaraannya dirampas sekiranya kes terhadapnya terbukti.

City juga didakwa gagal memberi kerjasama sejak EPL melancarkan siasatan pada 2018.

Terdapat laporan bahawa kes itu akan dibicarakan pada akhir 2024, walaupun ini belum disahkan oleh Liga Perdana dan barangkali tiada keputusan akan diberi hingga 2025.

Everton dan Forest pula sudah dirujuk kepada suruhanjaya bebas atas dakwaan pelanggaran bagi tempoh tiga tahun berakhir 2022-23.

Kes tersebut mesti dibicarakan selewat-lewatnya pada 8 April.

Semasa ditanya apakah EPL cuba beroperasi tanpa pengawal selia bola sepak, Masters berkata liga itu “memandang serius peraturan”.

“Ia adalah satu persetujuan antara kesemua 20 kelab. Kelab... menyatakan mereka akan mematuhi peraturan.

“Mereka mengharapkan lembaga pengarah, jika kelab tidak mematuhi peraturan itu, akan mengambil tindakan.

“Everton adalah (salah satu) anggota terpenting dalam Liga Perdana. Tetapi kami juga perlu memikirkan tentang 19 kelab lain dan pangkalan penyokong pasukan sedemikian dalam keputusan yang kami buat.

“Pertuduhan yang kami buat pada Mac 2023, untuk kes pertama terhadap Everton, akhirnya didengar pada Oktober.

“Kami memang membuat pengakuan pada masa itu untuk mendengar kes pertama sebelum akhir musim tetapi Everton berhujah menentangnya dan suruhanjaya bersetuju dengan mereka,” tambah Masters.

Pengurus Sean Dyche berkata beliau dan pemain Evertonnya sudah biasa menghadapi keadaan mencabar.

“Ketegasan saya adalah pada diri saya sendiri, kakitangan dan pemain untuk terus fokus pada tugasan yang ada, yang tidak berubah sama sekali,” katanya menjelang perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA menentang Crystal Palace pada 17 Jan.

“Kami kekal fokus. Saya fikir kami telah melakukan tugas yang baik untuk melakukan itu dan pemain berhak mendapat banyak pujian setakat ini kerana mereka kekal fokus. Saya rasa situasi di atas padang kekal kukuh.”

Tetapi bos Forest, Nuno Espirito Santo, mengakui beliau “prihatin” tentang situasi itu kerana Forest – dan juga Everton – berada dalam bahaya penyingkiran daripada EPL dalam musim semasa.

“Kami semua prihatin di kelab, tetapi saya sebagai jurulatih tiada apa yang perlu saya fikirkan, atau tangani. Tugas saya jelas, menyediakan pasukan. Itulah yang kami fokuskan,” katanya menjelang perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA pasukannya di Blackpool. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >