Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thailand buka tirai Sukan SEA 2025

Dec 9, 2025 | 10:00 PM
Kontinjen Singapura berarak masuk ke Stadium Rajamangala, Bangkok di upacara pembukaan Sukan SEA 2025. Mereka dipimpin atlet jujitsu, Noah Lim, dan pemain badminton wanita, Yeo Jia Min.
Kontinjen Singapura berarak masuk ke Stadium Rajamangala, Bangkok di upacara pembukaan Sukan SEA 2025. Mereka dipimpin atlet jujitsu, Noah Lim, dan pemain badminton wanita, Yeo Jia Min. - Foto ST

Thailand menyambut ketibaan atlet terbaik Asia Tenggara ke ibu kotanya, Bangkok, selaku tuan rumah Sukan SEA 2025.

Dengan tema, “Terus Maju” atau “Ever Forward”, edisi Sukan SEA ke-33 membuka tirai dengan sebuah upacara pembukaan yang penuh gah di Stadium Rajamangala yang bermandikan cahaya dron pada 9 Disember.

Lebih 13,000 atlet daripada kesemua 11 negara Asia Tenggara akan bersaing dalam 50 acara sukan.

Temasya ini berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025, di Bangkok dan Chonburi, Thailand.

Ini juga merupakan kali ketujuh Thailand menjadi tuan rumah Sukan SEA dengan yang terakhir pada 2007 di Nakhon Ratchasima.

Kontinjen Team Singapore dalam edisi kali ini terdiri daripada 930 atlet merentasi 48 sukan – menjadikannya kontinjen terbesar Singapura dalam sejarah Sukan SEA setakat ini.

Dalam satu hantaran Facebook pada 8 Disember, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong menyampaikan kata-kata semangat beliau kepada kontinjen Singapura.

Sambil mengucapkan tahniah ke atas pasukan badminton lelaki dan wanita kerana dijamin pingat gangsa negara di Sukan SEA 2025, beliau berkata:

“Kepada semua atlet kami, terutamanya mereka yang bertanding buat kali pertama, percayalah kepada latihan anda dan berikan yang terbaik.

“Majulah Team Singapore – kami akan terus menyokong anda!”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg