Trump: Saya tidak peduli jika Iran sertai Piala Dunia 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump: Saya tidak peduli jika Iran sertai Piala Dunia 2026

Mar 4, 2026 | 3:41 PM

Trump: Saya tidak peduli jika Iran sertai Piala Dunia 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Trump, Piala Dunia 2026, perang Iran
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata beliau tidak peduli jika Iran mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026 sedang konflik antara Amerika Syarikat dengan Iran terus memuncak. - Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata beliau “tidak peduli” jika Iran mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026 pada musim panas ini.

Kenyataan itu dibuat sedang Amerika dan Israel menyerang Iran, yang kemudian membalasnya dengan menyerang sekutu Amerika di Teluk dalam pertempuran yang kian memuncak.

Amerika menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia dari 11 Jun hingga 19 Julai, bersama Canada dan Mexico.

“Saya memang tidak peduli,” kata Trump kepada Politico mengenai penyertaan Iran.

“Saya fikir Iran adalah sebuah negara yang telah ditewaskan dengan teruk. Mereka sudah kehabisan tenaga.”

BBC Sport telah menghubungi Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk mendapatkan ulasan.

Iran telah layak ke Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut dan dijadualkan memulakan kempen menentang New Zealand dan Belgium di Los Angeles sebelum perlawanan terakhir kumpulan menentang Mesir di Seattle.

Negara itu tidak menarik diri pada musim panas lalu apabila Amerika mengebom tiga kemudahan nuklear di sana.

Namun dengan pergolakan semasa yang lebih serius, ketua Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj, dilaporkan menimbulkan keraguan mengenai penyertaan mereka.

Beliau memberitahu televisyen Iran ia “jauh daripada jangkaan kami untuk melihat Piala Dunia dengan penuh harapan”, sambil menambah bahawa pegawai sukan negara itu akan menentukan sama ada tindakan perlu diambil.

Setiausaha Agung Fifa, Mattias Grafstrom, berkata: “Tumpuan kami adalah untuk memastikan Piala Dunia berlangsung dengan selamat dengan semua pihak mengambil bahagian”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg