Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Youri Tielemans berpindah dari Leicester ke Aston Villa

Jun 12, 2023 | 12:21 PM



LONDON: Aston Villa telah bersetuju menandatangani pemain midfield asal Belgium, Youri Tielemans, dari Leicester City dalam tempoh pemindahan akan datang.


Dalam satu kenyataan di laman web Villa, ia menyatakan pemain berusia 26 tahun itu akan menyertai kelab tersebut pada 1 Julai selepas empat tahun berada di Leicester – pasukan yang telah tersingkir ke liga Championship pada musim depan.

“Aston Villa dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kelab ini telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Youri Tielemans.

“Pemain antarabangsa Belgium itu secara rasmi akan menjadi anggota Villan (pemain Villa) pada 1 Julai selepas kontraknya dengan Leicester City tamat,” jelas kenyataan itu.

Tielemans memulakan kerjayanya di Anderlecht sebelum berpindah ke kelab Perancis, Monaco.

Beliau kemudian berpindah ke Leicester pada Julai 2019 menyusuli tawaran bernilai 40 juta pound ($67 juta).

Beliau membuat 195 penampilan untuk Leicester dan menjaringkan 28 gol, termasuk sepakan dari luar kotak penalti dalam kemenangan 1-0 menentang Chelsea pada perlawanan akhir Piala FA 2021.

Beliau bermain untuk Belgium pada Piala Dunia 2018 dan 2022 serta Euro 2020.

Villa akan bermain di kejohanan Eropah buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun pada musim hadapan selepas menempah tempat dalam Liga Conference Europa. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >