Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

420 majikan dikena tindakan, gajikan pekerja asing tanpa pas kerja sah: MOM

Oct 13, 2025 | 8:16 PM
majikan, dikenakan tindakan gajikan pekerja asing tanpa pas kerja, MOM
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengambil kira pelbagai faktor dalam menentukan hukuman, termasuk tempoh kesalahan dan jumlah pekerja asing yang terlibat. - Foto ST

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mendedahkan bahawa secara purata ia telah mengambil tindakan ke atas 420 majikan setiap tahun antara 2021 dan 2024 kerana menggaji pekerja asing tanpa pas kerja yang sah di Singapura.

Daripada jumlah itu, sekitar 200 majikan telah didakwa di mahkamah atau dikenakan denda setiap tahun, manakala selebihnya diberi amaran.

Kebanyakan yang diberi amaran adalah pesalah kali pertama atau yang menggaji pekerja asing secara haram untuk tempoh singkat.

Menurut jurucakap MOM, semua warga asing mesti mempunyai pas kerja yang sah untuk bekerja di sini. 

Perniagaan dan individu yang mengambil pekerja asing juga perlu memastikan pas kerja diperoleh sebelum mula bekerja.

Ini bukanlah peraturan baru, tambahnya.

MOM turut mempertimbangkan pelbagai faktor ketika menjatuhkan hukuman, termasuk jangka masa kesalahan dan jumlah pekerja tidak sah yang terlibat.

Pada 11 September, MOM bersama Persatuan Profesional Kandungan Visual, Audio dan Kreatif (Singapura) menegaskan bahawa warga asing dengan visa pelancong atau pelajar tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan kreatif di negara ini. 

MOM juga menjalankan pemeriksaan dan siasatan berdasarkan analisis data untuk mengesan majikan yang melanggar undang-undang visa kerja.

Warga asing yang bekerja tanpa pas kerja yang sah boleh dikenakan denda maksimum $20,000, penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, serta dilarang daripada memasuki atau bekerja di Singapura pada masa hadapan. 

Majikan pula berdepan denda hingga $30,000, penjara hingga 12 bulan, atau kedua-duanya – sama ada individu mahupun syarikat.

Bagaimanapun, beberapa aktiviti tertentu dikecualikan daripada keperluan pas kerja, termasuk kewartawanan, promosi pelancongan (junket) dan penggambaran di lokasi. 

Individu yang menjalankan aktiviti ini mesti memaklumkan kepada MOM selepas tiba di Singapura dan sebelum memulakan kerja, serta hanya boleh menjalankannya sehingga 90 hari setahun.

Menurut MOM, kelayakan pengecualian dipertimbangkan berdasarkan kekerapan, jangka masa dan kesan terhadap peluang pekerjaan tempatan.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti yang layak dikecualikan boleh didapati di laman web MOM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg