Pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, untuk mengambil alih Gaza jelas merupakan pelanggaran prinsip undang-undang antarabangsa, kata para pengamat.

Bukan sahaja ia menjejas peluang mencapai penyelesaian dua negara, kenyataan mengejutkan itu turut mengancam serta melemahkan lagi perjanjian gencatan senjata yang memang sangat rapuh.