Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 8)

Asas-Asas CPF (Bah 3)

* Usia kelayakan menerima bayaran (PEA) merujuk kepada usia anda boleh mula menerima bayaran bulanan anda daripada CPF LIFE atau Skim Jumlah Persaraan. PEA buat masa ini adalah 64 tahun dan adalah 65 tahun mulai 2018.

1. Pilih pelan CPF LIFE

Jika anda disertakan ke dalam CPF LIFE secara automatik, anda akan diminta untuk mempertimbangkan pilihan antara Pelan Standard dan Pelan Asas CPF LIFE. Pelan Standard memberi anda lebih untuk diri sendiri memandangkan ia memberi bayaran lebih tinggi tetapi memberi wang peninggalan lebih rendah kepada waris; Pelan Asas memberi lebih untuk orang tersayang anda memandangkan ia memberi bayaran lebih rendah tetapi memberi wang peninggalan lebih tinggi kepada waris. Bayaran bulanan anda bergantung kepada jumlah wang persaraan yang anda miliki dan pelan CPF LIFE yang anda pilih.

Pemerintah telah mengumumkan pelan ketiga yang akan dilaksanakan pada 2018 -- Pelan CPF LIFE dengan Pembayaran Berterusan yang Meningkat. Pelan ini akan memberi anda bayaran permulaan yang lebih rendah daripada Pelan Standard dan Pelan Asas CPF LIFE, namun bayaran anda akan meningkat sebanyak 2% setiap tahun. Ini akan membantu anda menangani kos sara hidup yang meningkat semasa persaraan anda.

* Lembaga CPF akan memberi butiran lanjut tentang pelan baru ini pada penghujung tahun ini .

 

2. Pilih untuk mulakan pembayaran anda kemudian

Lebih ramai anggota lebih tua kita yang terus bekerja dan menyimpan wang, dan ramai juga mungkin menikmati sokongan keluarga pada usia senja. Oleh itu, bukan semua perlu memulakan pembayaran CPF mereka pada usia kelayakan bayaran. Oleh itu, anda boleh memilih untuk menangguhkan pembayaran CPF LIFE anda sehingga umur 70 tahun. Bagi setiap tahun yang ditangguhkan, anda akan meraih bayaran 7% lebih tinggi sepanjang hayat.

3. Pilih untuk membuat pengeluaran secara pukal

Jika anda berusia 55 tahun pada 2013 (iaitu dilahirkan pada 1958 atau seterusnya), anda juga mempunyai pilihan untuk mengeluarkan wang secara pukal atau selepuk sehingga 20% daripada simpanan dalam Akaun Persaaan anda mulai usia kelayakan bayaran anda (termasuk $5,000 pertama yang anda boleh keluarkan pada usia 55 tahun). Namun, ini akan mengurangkan bayaran bulanan anda yang seterusnya.

Lembaga CPF akan menghantar surat kepada anda enam bulan sebelum usia kelayakan menerima bayaran anda untuk menjelaskan tentang pilihan yang tersedia untuk anda. Anda akan diberi masa untuk memilih pelan anda dan bila anda ingin memulakan pembayaran anda.

 SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI

 

SOALAN: Selain menangguhkan penerimaan pembayaran saya, bagaimanakah lagi boleh saya tingkatkan bayaran bulanan CPF LIFE saya?

JAWAPAN: Jika anda ingin menerima bayaran lebih tinggi, anda boleh mencarum wang tunai atau memindahkan simpanan CPF anda (atau kedua-duanya) ke Akaun Persaraan anda, asalkan anda belum mencapai had caruman anda. Dengan caruman tambahan ke Akaun Persaraan, anda boleh membeli anuiti tambahan CPF LIFE untuk mendapat bayaran CPF LIFE lebih tinggi.

SOALAN: Saya kini ditempatkan di dalam Skim Jumlah Persaraan. Bolehkah saya menyertai CPF LIFE?

JAWAPAN: Jika anda ingin menerima bayaran sepanjang hayat, anda boleh memilih untuk menyertai CPF LIFE pada bila-bila masa antara PEA anda dan sebelum anda mencapai usia 80 tahun. 

SERTAI KUIZ KAMI!
10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!

SOALAN PERADUAN: Bagaimana boleh saya tingkatkan bayaran CPF LIFE saya?

A Mencarum wang tunai kepada Akaun Persaraan untuk membeli anuiti tambahan CPF LIFE.
B Mulakan pembayaran anda kemudian
C Kedua-dua A dan B

Hantarkan jawapan anda ke contest.sph.com.sg/cpf8 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF8 – Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. Tarikh tutup: 2 April 2017.

Syarat & Peraturan: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 21 April 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon / pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.

Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)

Sila klik Siri 1Siri 2Siri 3Siri 4Siri 5Siri 6 dan Siri 7 untuk Fahami CPF: Semudah 1, 2, 3

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.