Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Asean, M’sia waspada kesan buruk konflik Israel-Palestin

Oct 27, 2023 | 02:15 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengingatkan kerajaan supaya mengambil langkah ke hadapan dalam mendepani potensi kesan buruk terhadap rantau Asean, susulan konflik Israel-Palestin yang semakin melebar.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata aspek kelengkapan dan risikan negara perlu diperketat, malah Malaysia juga perlu memantau rapi perkembangan perang Israel-Palestin sebagai persediaan kepada pelbagai kemungkinan.

Beliau yang pernah menjawat Menteri Dalam Negeri berkata kedudukan Malaysia yang terdedah kepada sel pengganas di rantau ini memerlukan tindakan persediaan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan, lapor Berita Harian Malaysia.


“Kapal Amerika sedang bersiap sedia di sana, China pun turut bersedia di rantau sana... barisan perang baru dibuka di utara dengan Hezbollah, serangan telah dilakukan di Syria.

“Peluru berpandu dari pihak Houthi, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) pula semakin agresif di Tebing Barat. Sekarang mula kedengaran ancaman serangan darat ke atas Gaza.

“Semua ini disifatkan keterlaluan dan berlebihan (dengan) sempadan bakal bertukar dan seluruh rantau bakal berperang... pencerobohan darat ke atas Gaza hanya akan menyebabkan perang serantau dan kita tak boleh ambil mudah hal ini kerana ia juga mampu memberi kesan buruk kepada rantau kita,” katanya di Parlimen pada Khamis.

Mengulas rasional di sebalik penjelasan itu, beliau berkata apabila orang ramai dimomok naratif tidak adil dan berat sebelah oleh pihak tidak bertanggungjawab, akan ada pihak yang mengambil kesempatan.

“Jangan lupa rantau kita juga terdedah kepada risiko ini. Memang terdapat sel pengganas di selatan Filipina, selatan Thailand, Indonesia, malah kita di Malaysia pun tidak terkecuali.

“Saya berada dalam bidang keselamatan sejak sedekad lalu sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, kelengkapan keselamatan serta risikan mesti diperketatkan dan perkembangan ini mesti dipantau secara rapi.

“Kita perlu ada kekuatan dalam fokus dan rasa keutamaan. Dengan segera membuat persediaan dan dari sinilah Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan perlu bersiap sedia,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >