BRUSSELS: Kerjasama iklim sejagat tidak akan terjejas walaupun tanpa penyertaan sesetengah negara, tegas Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Encik Huang Runqiu pada 22 Jun, ketika negara bersiap sedia menghadiri satu lagi sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanpa penyertaan Amerika Syarikat.

“Proses pelbagai hala tidak akan terhenti atau menjadi perlahan disebabkan ketiadaan negara tertentu,” kata Encik Huang, dalam mesyuarat tindakan iklim tersebut.

Mesyuarat yang dianjurkan bersama oleh China, Kesatuan Eropah dan Canada itu turut dihadiri oleh delegasi dari Jepun, Australia dan Afrika Selatan.

Presiden Amerika, Encik Donald Trump, telah menarik Amerika keluar daripada Perjanjian Paris buat kali kedua pada Januari lalu.

Beliau pernah melakukan tindakan serupa pada 2017 semasa penggal pertama pemerintahannya.

Sehingga kini, tiada negara lain yang mengikut langkah drastik tersebut. – Agensi berita.

“Proses pelbagai hala tidak akan terhenti atau menjadi perlahan disebabkan ketiadaan negara tertentu.”
Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Encik Huang Runqiu.