Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas beri amaran pencerobohan Israel ke atas Rafah akan jejas teruk rundingan tebusan

Feb 12, 2024 | 03:23 PM



GAZA: Hamas memberi amaran kepada Israel pada 11 Februari bahawa serangan darat di Rafah, yang sesak dengan penduduk Gaza, akan menjejas teruk rundingan pembebasan tebusan pada masa depan, sedang Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggesa perlindungan bagi orang awam di wilayah itu.

Pemerintah negara lain, termasuk sekutu utama Israel, Amerika, dan kumpulan bantuan telah menyuarakan kebimbangan mendalam ke atas rancangan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, untuk melanjutkan operasi tentera ke bandar Gaza yang terletak jauh di selatan wilayah itu.

Rafah, terletak di sempadan dengan Mesir, kekal sebagai tempat perlindungan terakhir bagi penduduk Palestin yang melarikan diri daripada pengeboman tidak henti-henti Israel di tempat lain di Jaluran Gaza dalam perang selama empat bulan terhadap militan Hamas, yang dicetuskan oleh serangan kumpulan itu di selatan Israel pada 7 Oktober.

“Sebarang serangan oleh tentera pendudukan (Israel) di bandar Rafah akan menjejas teruk rundingan pertukaran,” kata seorang pemimpin Hamas kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.


Encik Netanyahu telah memberitahu bahawa tentera Israel bersedia memasuki bandar itu yang kini menjadi tempat perlindungan lebih separuh jumlah penduduk Gaza, mendorong kebimbangan mengenai kesan ke atas orang pelarian awam.

Encik Biden telah bercakap kepada Encik Netanyahu di telefon pada 11 Februari dan memberitahunya serangan di Rafah itu tidak harus diteruskan tanpa ketiadaan pelan “boleh dipercayai” untuk memastikan “keselamatan” orang awam yang berlindung di sana, ujar Rumah Putih.

Kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin telah mencari perlindungan di Rafah, dengan ramai yang tinggal di dalam khemah sedang makanan, air dan perubatan menjadi semakin sukar didapatkan.

Encik Netanyahu telah memberitahu media Amerika ABC News bahawa Operasi Rafah akan diteruskan sehingga Hamas dihapuskan, sambil menambah bahawa beliau akan menyediakan “laluan selamat” kepada orang awam yang ingin meninggalkan kawasan itu.


Apabila ditanya mengenai ke mana mereka boleh pergi, Encik Netanyahu berkata: “Anda tahu, kawasan-kawasan yang kami telah ‘bersihkan’ di utara Rafah, banyak kawasan di sana. Tetapi, kami sedang merangka pelan terperinci.”

Pihak pengantara telah mengadakan perbincangan baru di Kaherah untuk melaksanakan tempoh jeda (berhenti sejenak) dalam pertempuran selain pembebasan sebilangan daripada 132 tebusan Israel yang masih berada di Gaza, termasuk 29 yang dianggap sudah meninggal dunia.

Hamas merampas kira-kira 250 tebusan pada 7 Oktober 2023, menurut angka AFP berdasarkan perangkaan pihak Israel. Berpuluh-puluh telah dibebaskan semasa gencatan senjata satu minggu pada November 2023.


Sayap tentera Hamas pada 11 Februari berkata dua tebusan telah terbunuh dan lapan lain cedera parah dalam pengeboman Israel dalam beberapa hari lalu, dakwaan yang tidak dapat disahkan AFP secara bebas.


Mengenai rancangan serangan ke atas Rafah, Encik Hossam Al-sharqawi dari Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah, memberitahu pemberita bahawa “setiap hari pasukan ambulans kami (di Gaza) meninggal dunia atau cedera”.

“Ini tidak boleh diterima, kegilaan ini mesti berhenti,” katanya. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >