Iran dakwa rundingan dengan Amerika menunjukkan kemajuan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iran dakwa rundingan dengan Amerika menunjukkan kemajuan

Feb 1, 2026 | 10:25 PM

Iran dakwa rundingan dengan Amerika menunjukkan kemajuan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Penunjuk perasaan dengan pelekat “tiada hukuman mati” pada mulutnya menyertai perarakan senyap di Paris, pada 31 Januari, bagi mengecam tindakan keras pemerintah Iran terhadap penunjuk perasaan di negara itu.
Penunjuk perasaan dengan pelekat “tiada hukuman mati” pada mulutnya menyertai perarakan senyap di Paris, pada 31 Januari, bagi mengecam tindakan keras pemerintah Iran terhadap penunjuk perasaan di negara itu. - Foto AFP

Pegawai keselamatan tertinggi Iran berkata rundingan dengan Amerika Syarikat menunjukkan kemajuan.

Sebelum ini, ketua angkatan tentera Republik Islam itu memberi amaran kepada Washington agar tidak melancarkan serangan ketenteraan.

Presiden Amerika, Encik Donald Trump, mengesahkan kedua-dua pihak sedang berunding, namun pada masa sama mengekalkan ancaman serangan ketenteraan.

Washington mengerahkan kumpulan kapal perang yang diketuai kapal induk USS Abraham Lincoln ke perairan berhampiran Iran, selepas Trump mengancam campur tangan susulan tindakan keras Tehran terhadap bantahan anti-pemerintah.

Ketua agensi keselamatan Iran, Encik Ali Larijani, berkata pengaturan tersusun bagi rundingan sedang dimajukan.

Encik Ali Larijani berkata demikian sehari selepas Kremlin memaklumkan beliau sudah mengadakan perbincangan di Moscow dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.

Presiden Iran, Encik Masoud Pezeshkian, berkata konflik besar-besaran akan memudaratkan Iran dan Amerika.

“Republik Islam Iran tidak pernah mencari, atau berhasrat untuk berperang, dan yakin perang tidak akan menguntungkan Iran, Amerika mahupun rantau ini,” katanya dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, menurut kenyataan Presiden Iran.

Pada 31 Januari, Trump mengesahkan dialog antara Washington dan Tehran sedang berlangsung.

“Iran sedang berbincang dengan kami. Kita akan lihat sama ada sesuatu boleh dicapai; jika tidak, kita akan lihat langkah seterusnya. Sebuah armada besar sedang menuju ke kawasan itu,” katanya, sambil menambah rundingan sedang berlangsung.

Kementerian Luar Qatar berkata Perdana Menteri Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, yang juga Menteri Luar, telah mengadakan perbincangan dengan Encik Ali Larijani di Tehran pada 31 Januari bagi meredakan ketegangan di rantau itu.

Sementara itu, kehadiran armada laut Amerika mencetuskan kebimbangan pertembungan langsung dengan Iran, yang memberi amaran akan membalas sebarang serangan dengan peluru berpandu terhadap pangkalan, kapal dan sekutu Amerika, khususnya Israel.

Encik Trump berkata beliau percaya Iran akan memilih untuk mencapai perjanjian mengenai program nuklear dan pelurunya daripada berdepan tindakan ketenteraan Amerika.

Tehran pula menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan nuklear sekiranya isu peluru berpandu dan keupayaan pertahanannya tidak dibangkitkan.

Menteri Pertahanan Iran, Encik Amir Hatami, memberi amaran kepada Amerika dan Israel supaya tidak melancarkan sebarang serangan, sambil berkata pasukannya berada dalam keadaan “bersedia sepenuhnya untuk pertahanan dan ketenteraan”.

“Jika musuh melakukan kesilapan, ia akan membahayakan keselamatan mereka sendiri, rantau ini dan rejim Zionis,” katanya, menurut agensi berita Republik Islam Iran (IRNA).

Teknologi dan kepakaran nuklear Iran, tambahnya, tidak boleh dihapuskan.

Dalam suasana ketegangan yang meningkat, pihak berkuasa Iran segera menafikan beberapa kejadian yang berlaku mempunyai kaitan dengan serangan atau unsur sabotaj.

Antaranya, termasuk satu letupan di bandar pelabuhan selatan Iran, Bandar Abbas, yang menurut pihak bomba tempatan berpunca daripada kebocoran gas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg