Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia kesal sikap beberapa negara Barat enggan dukung isu kemanusiaan di Gaza

Oct 23, 2023 | 11:53 AM



ISTANBUL: Malaysia kesal dengan pendirian beberapa negara Barat yang dilihat enggan memberikan dukungan kepada isu-isu kemanusiaan di Gaza, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata Malaysia tegas dengan pendirian supaya segala bentuk serangan ke atas orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin, dihentikan dan bantuan dari sudut kemanusiaan disalurkan kepada mereka.

Namun katanya beberapa pemimpin negara Arab yang telah ditemuinya sehingga kini memberikan maklum balas positif terhadap isu yang dibangkitkan Malaysia berhubung perkembangan di Gaza.

“Banyak negara Islam membuat ketetapan yang positif. Hentikan serangan dan tingkatkan usaha membantu rakyat (Gaza) dari segi kemanusiaan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin selepas lawatan kerja dua hari beliau ke Turkey.


Terdahulu, Datuk Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, di Istana Vahdettin di Istanbul bagi membincangkan pelbagai isu termasuk perdagangan, kerjasama ekonomi dan hubungan dua hala.

Datuk Anwar berkata dari segi bantuan kepada penduduk Palestin, Turkey dilihat berada lebih di hadapan, dengan negara itu telah berusaha menyalurkan pelbagai bentuk bantuan perubatan ke kawasan berkenaan walaupun terdapat kesukaran untuk sampai ke kawasan pedalaman di Gaza.

Sementara itu, beliau berkata konflik di Gaza amat membimbangkan kerana sekiranya Israel berkeras cuba menawan wilayah itu, ia akan membawa kepada krisis berpanjangan membabitkan banyak negara Arab.

Datuk Anwar kemudian berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul bagi meneruskan lawatan kerja ke Mesir dan mengadakan pertemuan dengan presiden negara itu, Encik Abdel Fattah El-Sisi, dengan isu kemanusiaan di Gaza terus menjadi tajuk utama perbincangan.

Ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Mesir pada Ahad malam, Datuk Anwar berkata perkara utama perlu dilakukan semua pihak termasuk kuasa besar bagi meredakan sementara konflik yang meruncing di Gaza ketika ini ialah dengan menghentikan serangan di kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >