Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia lega India izin semula eksport beras putih

Oct 20, 2023 | 11:54 AM



Rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan India telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengimport 170,000 metrik tan beras putih bukan basmati.

Berita gembira itu dikongsi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya pada Rabu.

Beliau berkata kebenaran import yang diberikan itu menunjukkan Malaysia dan India mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik khususnya dalam bidang pertanian, penyelidikan, latihan dan keterjaminan makanan.

“Saya mewakili Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada India kerana telah menarik balik larangan eksport beras putih selain basmati ke atas Malaysia.

“Melalui Note Verbale yang saya terima, India telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengimport 170,000 metrik tan beras putih bukan basmati,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Datuk Mohamad berkata keputusan itu adalah susulan surat permohonan kepada Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengedaran Awam India, Encik Piyush Goyal, agar India menarik balik sekatan eksport beras putih selain basmati ke atas Malaysia.

“Pada 27 September 2023 pula saya telah mengadakan perbincangan bersama Duta Besar India di Malaysia, Encik BN Reddy, berhubung permohonan ini.

“Alhamdulillah, akhirnya India membenarkan eksport 170,000 metrik tan beras putih bukan basmati,” katanya.

Sementara itu, Datuk Mohamad berkata mesyuarat pasca Kabinet kementerian yang dipengerusikannya di Wisma Tani, Putrajaya, pada Jumaat turut membincangkan pelbagai perkara termasuk eksport beras putih bukan basmati dari India ke Malaysia.

Beliau berkata kelulusan eksport kerajaan India dilihat sebagai langkah penting dalam menjamin keselamatan makanan negara.

“Kementerian kini akan mengadakan perbincangan lanjut untuk menentukan harga beras import dari India sebelum memuktamadkan sebarang keputusan lanjut,” katanya.

Beliau menambah, mesyuarat turut memberi tumpuan kepada keperluan penanaman padi berskala besar, khususnya di negeri Sabah dan Sarawak.

“Perbincangan lanjut kerjasama antara kementerian dan kerajaan negeri serta sektor swasta perlu dipergiatkan bagi menangani isu keselamatan makanan berkaitan beras,” katanya.

Pada 20 Julai 2023, kerajaan India menghentikan eksport beras putih bukan basmati untuk membantu menurunkan harga beras dan menjamin ketersediaan bekalan di dalam negara itu. – HANNEEYZAH BAHARIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >