Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pemimpin Bersatu hadapi 18 tuduhan ubah wang haram

Oct 25, 2023 | 03:26 PM



KUALA LUMPUR: Buat kali kedua, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi 18 pertuduhan kes pengubahan wang haram.


Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Cik Suzana Hussin, terhadap tuduhan membabitkan nilai hampir RM6 juta ($1.72 juta).

“Tidak bersalah dan mohon dibicarakan (bagi tuduhan berkenaan),” katanya.

Mengikut tuduhan pertama, Datuk Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM78,800 daripada akaun syarikat WSA Advisory Group Sdn Bhd miliknya, bagi pembelian kenderaan Ford Ranger.

Bagi lima tuduhan lain, beliau didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM3.9 juta menerusi tujuh cek milik syarikat sama yang dibayar kepada beberapa syarikat termasuk Jendela Timur Consultant, Duckling Management & Services dan Fendi Dilif Resources.

Bagi 12 tuduhan lain, tertuduh sebagai Pengarah Syarikat WSA Advisory Group Sdn Bhd, didakwa memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.6 juta menerusi cek.

Ia didakwa dibayar kepada beberapa pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN); Encik Chin Kang Hardware Jitra; Syed Jaafar Syed Abd Aziz; Sinar Karangkraf Sdn Bhd; Akademi Gagasan Minda Merdeka; dan Good Square Sdn Bhd.

Kesalahan didakwa dilakukan di cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di Taman Tunku, Kuala Lumpur, antara 12 Ogos hingga 13 November 2022.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dibaca dengan Seksyen 87(1)(a) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Cik Farah Ezlin Yusop Khan, mencadangkan jumlah dan syarat jaminan sama diguna pakai untuk pertuduhan kes dihadapi Datuk Wan Saiful di mahkamah berasingan sebelum ini.

Pada 21 Februari 2023, Datuk Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan termasuk menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >