Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Bos Susu’ tegur-tegur sayang pada Astro selepas iklan dipotong

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh akui kecewa
malah rasa ‘angin satu badan’ tapi syukur isu dihurai
Oct 25, 2023 | 05:33 PM



Berita ‘Bos Susu’ tidak puas hati tular setelah menegur saluran Astro gagal menjaga hati penaja bermain di bibir ramai warganet khususnya yang menonton peraduan realiti, All Stars Gegar Vaganza.


‘Bos Susu’ atau nama sebenarnya, Encik Azmi Zainal, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh Berhad, dalam satu hantaran Facebook (FB) dan Instagram (IG) meluahkan kekecewaannya pada Sabtu malam.

Bagaimana keadaannya kini? Ketika dihubungi Berita Harian (BH) pada Rabu melalui panggilan Zoom, Encik Azmi menjelaskan beliau sebenarnya hanya memberi teguran untuk memperbetulkan keadaan.







“Teguran itu biasa. Kalau tidak ada yang menegur, ia akan terus jadi kesilapan… Saya beritahu supaya ada peningkatan,” katanya yang menjawab panggilan BH dari dalam keretanya, sewaktu berehat seketika, dalam perjalanan ke Terengganu.

Encik Azmi berkongsi beliau telah menyediakan gimik pelancaran untuk produk baru Farm Fresh pada malam itu.

“Saya dah siap ingatkan pihak agensi, pihak Astro dan juga kakitangan saya. Jadi bila ada kesilapan itu berlaku, saya terpaksa beritahu...” ulas Encik Azmi.

Namun begitu, Encik Azmi memuji pihak Astro yang telah mengambil tindakan pantas berikutan laporan berita yang tular mengenai hantarannya di Facebook dan Instagram pada 21 Oktober.

“Kami telah adakan beberapa mesyuarat selepas itu untuk menambah baik keadaan supaya tidak ada genjotan pada masa depan,” tambahnya.







Dalam hantaran di Facebook yang menarik perhatian media dan warganet, beliau meluahkan perasaannya secara spontan dan berseloroh:

“Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada satu minit je utk capture attention enam juta penonton… dahlah minggu lepas klip aku kena potong… angin satu badan aku masa konsert tu.


“Lepas je segmen aku tu habis… korang tak nampak aku kat seat lagikan… aku gi ke operation room minta penjelasan,” tambahnya.


Menurut Encik Azmi, Farm Fresh telah menaja rancangan itu selama lima tahun berturut-turun sebagai penaja utama dari 2019 iaitu musim keenam Gegar Vaganza di mana dua peserta asal Singapura, Hady Mirza dan Jatt Ali bertanding.







“Aku taja sebab bisnes… untuk naikkan jualan… bukan untuk aku glamor… Nak bayar juta-juta kat Astro, aku kena perah ***** lembu aku… bukan aku petik daun tepi jalan,” tulisnya dalam hantaran Facebook.

Beliau juga berkata matlamat menggunakan wadah Gegar Vaganza pada waktu itu bukan saja untuk menaikkan nama Farm Fresh, malah membantu peniaga persendirian yang bergantung kepada perniagaan susu untuk menyara hidup.


Selain itu, Encik Azmi juga menerapkan unsur tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam Gegar Vaganza dan berjaya menjana dana daripada penonton sebanyak RM500,000 ($143,127).


Beliau kemudian menokok lagi RM500,000 semasa pandemik Covid-19.

Rata-rata komen di media sosial menyokong beliau.

Di antara seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mariam Ismail berkata : “Boss Susu, tahun depan tak payah sponsor dah kalau gitu. Yang lain merapu elok pulak tak kena cut..”


Seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Cik Nureen pula menambah: “Satu minit tak baloi Boss Susu... Minta tiga minit... Minggu lepas yang dia orang potong, minta balik tambah masa dalam konsert minggu ni.”

Encik Azmi tidak menyangka perkongsiannya di Facebook dan Instagram itu tular dan mendapat perhatian media sehinggakan akhbar berbahasa Cina juga berminat menulis tentang isu itu.







Dalam hantaran sebuah portal hiburan, tanpa diduga, usahawan selebriti Datuk Seri Vida yang juga pernah menaja Gegar Vaganza sebelum ini dan pernah terlibat dalam kontroversi hadiah berlian palsu yang diberikan kepada Datuk Aishah turut memberi komen tentang isu itu dengan berkata:


“Ha ha, baru rasa. Inilah sebab saya tak nak sponsor. Nak cakap banyak tak boleh. Hanya 1 minit je. Tu pun tak boleh promote, maka lebih baik simpan pitih (peti)…”


“Dah faham’ kan kenapa saya selalu merentan dulu?”

Berkenaan komen itu, Encik Azmi bertegas enggan memberi sebarang kenyataan.

“Saya tak nak komen, nanti saya komen, dia komen lagi, tak habis-habis. Saya peniaga, bukan selebriti. Itu hak dia untuk bercakap.” tegas Encik Azmi.

Mengenai nama yang melekat padanya, ‘Bos Susu’, kata Encik Azmi, bermula sejak episod pertama penglibatannya di mana hos Nabil bertanya: “Nak panggil Tuan apa?”.

Idea pun tercetus. “Pak cik susu, Encik Susu... Hah Bos Susu!,” kata Encik Azmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >