Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bakal pengantin, Amira Othman, masih sibuk kerja hingga ditegur ibu ayah

Sep 13, 2025 | 12:07 AM
Di ambang pernikahannya bersama Fattah Amin pada 14 September, Amira Othman, masih sibuk membereskan tuntutan kerja.
Di ambang pernikahannya bersama Fattah Amin pada 14 September, Amira Othman, masih sibuk membereskan tuntutan kerja. - Foto fail

Dua hari menjelang detik bergelar ‘Raja Sehari’, penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 31 tahun, masih ligat memenuhi undangan kerja, termasuk menghadiri sebuah acara bersama jenama minuman, pada 12 September.

Kesibukan itu menarik perhatian peminat yang kagum dengan komitmen Amira terhadap kerjaya walaupun majlis pernikahannya dengan aktor Fattah Amin, 34 tahun, semakin hampir.

Penyanyi lagu Hati-Hati itu turut mengakui ibu bapanya sudah mula ‘membebel’ dengan kesibukannya.

Perkara itu dikongsikan Amira menerusi Instagram Story (IGs) hasil ulang siar daripada akaun milik sahabatnya, Najminamran, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Ni mama abahku pun dah bising,” tulis Amira ringkas, disertakan dengan emoji ketawa.

Sementara itu, tinjauan BHM ke akaun media sosial Amira, Fattah, adiknya Irfan Haris mahupun pengurus Fattah, Sakirin Aca, mendapati mereka tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai persiapan atau debaran menjelang majlis bersejarah itu.

Menariknya, hari penyatuan pasangan ini jatuh pada ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35, pada 14 September.

Terdahulu, Fattah mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal menikahi Amira ketika majlis pelancaran lagu duet Amira dan Irfan berjudul Rasa & Takdir, pada 8 September lalu.

Dalam pada itu, Irfan mendedahkan perkenalan Amira dan Fattah bermula ketika mereka menghadiri konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pada 14 Disember tahun lalu (2024).

Selepas pertemuan itu, Fattah mengambil langkah berani bertemu keluarga Amira, sekali gus membuktikan keikhlasan dan kesungguhan cintanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg