Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Fattmira’ mula jatuh hati sewaktu konsert Siti Nurhaliza

Sep 12, 2025 | 11:47 PM
Amira Othman, Fattah Amin, nikah
Penyanyi, Irfan Haris, anggap Fattah Amin yang berhemah dan ‘gentleman’ sebagai jodoh yang baik buat kakaknya, Amira Othman. - Foto fail

Penyanyi, Irfan Haris, mendedahkan detik awal perkenalan kakaknya, Amira Othman dengan pelakon popular, Fattah Amin, bermula ketika konsert biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pada 14 Disember 2024.

Menurut Irfan, selepas pertemuan itu, Fattah mengambil langkah bertemu dengan keluarga mereka, sekali gus membuktikan keikhlasan dan kesungguhannya.

“Saya rasa permulaan perkenalan mereka adalah ketika konsert Siti. Apa yang saya kagum, Abang Fattah sendiri memilih untuk berjumpa keluarga kami.

“Itulah lelaki sejati, bila nak kenal seseorang, dia jumpa ibu bapa dulu. Malah, Abang Fattah bukan hanya bertemu orang tua saya, tetapi semua ahli keluarga,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Mengulas lanjut, Irfan mengakui terkilan kerana tidak dapat hadir pada pertemuan itu kerana terikat dengan persembahan. Namun, beliau berbangga dengan pendekatan Fattah yang disifatkan cukup ‘gentleman’.

Dalam sesi siaran langsung yang sama, Irfan turut berkongsi hubungan Amira dan Fattah semakin rapat selepas penyanyi itu menghubungi pengurus Fattah untuk membincangkan kerjasama berkaitan muzik.

Dari situlah, aktor berkenaan dikatakan mula mengambil inisiatif menyampaikan salam kepada Amira.

Tambah Irfan, beliau dan abang-abangnya sepakat melihat Fattah sebagai lelaki baik yang sesuai buat kakaknya.

“Selepas Abang Fattah kembali solo tahun lalu (2024), kami banyak melihat penampilannya di media sosial. Cara dia bercakap tenang, nampak baik dan matang.

“Saya dan abang-abang setuju dia lelaki yang baik. Jadi kami sokong kakak saya untuk mengenali dia. Kebetulan masa itu kakak masih ‘single’,” katanya.

Irfan berkata hubungan itu semakin terjalin apabila Amira dan Fattah bekerjasama bagi menghasilkan kandungan lagu Bila Nak Kahwin?

“Kakak hubungi Aca, pengurus Fattah, yang ketika itu berada di Makkah untuk menunaikan umrah. Dari situ, Abang Fattah mula kirim salam buat kali pertama,” jelasnya.

Terdahulu, Fattah membuat kejutan dengan mengumumkan bakal bernikah dengan Amira pada 14 September, iaitu hari lahirnya yang ke-35.

Pengumuman itu dilakukan ketika majlis pelancaran lagu duet Amira dan Irfan berjudul Rasa & Takdir, pada 8 September lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg