Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu Ziana, Anuar Zain, meninggal dunia

Dec 25, 2025 | 10:08 AM
Ziana Zain, Anuar Zain, meninggal dunia, barah
Kenangan Ziana Zain bersama arwah ibu bapanya, Haji Zain @ Zin Abdullah dan Robiah Abdul. - Foto ZIANA ZAIN/INSTAGRAM

Selepas kira-kira empat bulan pemergian bapanya, penyanyi, Ziana Zain memaklumkan ibunya, Allahyarhamha Robiah Abdul, pula pergi menghadap Ilahi.

Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan Ziana memaklumkan ibunya yang berusia 74 tahun, meninggal dunia di Hospital Klang, Selangor, pada 10.40 malam, 24 Disember.

“Jenazah emak masih di Hospital Klang dan kami sekeluarga masih menunggu untuk pengurusan kematian.

“Emak menghidap barah hati dan sudah merebak ke usus dan buah pinggang. Senang cerita, sudah merebak ke seluruh organ dalaman.

“Insya-Allah, jenazah akan dikebumikan pagi ini (25 Disember) kira-kira 10 pagi di masjid,” katanya, yang juga merupakan kakak kepada penyanyi, Anuar Zain.

Sebelum ini, bapa Ziana, Allahyarham Zain @ Zin Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun pada 26 Ogos lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg