Topik diikuti
Pergi ke BHkuOdda nafi status anak selebriti buka laluan kerjaya seni
Odda nafi status anak selebriti buka laluan kerjaya seni
Odda nafi status anak selebriti buka laluan kerjaya seni
Penyanyi muda, Auddra Zulkifli, atau lebih dikenali sebagai Odda, menafikan dirinya sekadar menggunakan tiket anak selebriti untuk mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia,
Odda, 17 tahun, turut menolak tanggapan segelintir pihak yang melabelkan perjalanannya terbentang luas tanpa perlu berusaha keras.
Anak kepada pasangan selebriti, Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari, yang masing-masing berusia 51 tahun, menegaskan dirinya tetap perlu melalui proses uji bakat seperti bakat baharu yang lain.
“Banyak netizen kata status anak selebriti ini seperti ‘nepo baby’ menjadikan semua kerja mudah tetapi kenyataannya, ia tidak benar sama sekali.
“Saya tetap kena lalui pelbagai sesi uji bakat dan tidak pernah mendapat tawaran secara automatik hanya kerana saya anak pelakon dan penyiar radio Suria FM, Sharifah Shahirah,” katanya dalam laman Harian Metro.
Odda sedar beliau memikul tanggungjawab besar untuk membuktikan kemampuan sebenar tanpa dibayangi nama besar keluarganya.
Pada masa sama, anak ketiga daripada keluarga empat beradik itu, mengakui pernah dimarahi pengarah ketika berada di set penggambaran, pengalaman yang disifatkannya sebagai proses pembelajaran untuk mematangkan diri.
“Kalau pergi ke set penggambaran dan pengarah marah, saya kena angguk sahaja menerima teguran itu persis apa yang mak saya lalui dahulu.
“Saya perlu bekerja keras kerana status keturunan tidak menjadikan seseorang itu lahir terus sempurna dan serba tahu,” ujar pemenang tempat ketiga dalam program realiti terbitan Astro, Talk To My Manager (TTMM), itu.
Di samping itu, Odda yang baru sahaja melancarkan lagu sulung, Gelanggang Rasa, juga menolak perbandingan tidak adil antara bakatnya dengan pengalaman ibunya.
“Saya harap orang ramai tidak membandingkan saya dengan ibu kerana perjalanan kami berbeza. Usianya kini 51 tahun, manakala saya baru berusia 17 tahun.
“Saya masih dalam proses belajar dan menyesuaikan diri dalam industri seni ini, jadi berilah saya ruang untuk berkembang,” kata Odda, yang kini mengorak langkah di bawah syarikat pengurusan artis, SN Legacy Sdn Bhd, milik Biduanita Negara Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“
“Saya harap orang ramai tidak membandingkan saya dengan ibu kerana perjalanan kami berbeza. Usianya kini 51 tahun, manakala saya baru berusia 17 tahun. Saya masih dalam proses belajar dan menyesuaikan diri dalam industri seni ini, jadi berilah saya ruang untuk berkembang.”