Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesara guna AI cipta lagu tular untuk mangsa buli, Zara Qairina

Aug 13, 2025 | 8:53 AM
Malaysia, Zara Qairina, Justice For Zara Qairina, buli
Pesara, Norsalim Ali, menggunakan bantuan kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan lagu ‘Justice For Zara Qairina’ untuk menyebar pesan tentang gejala buli, menyusuli pemergian tragis Allahyarhamha Zara Qairina Mahathir. - Foto FACEBOOK JUSTICE FOR ZARA QAIRINA

Pemergian tragis Allahyarhamha Zara Qairina Mahathir mendorong pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Norsalim Ali, 62 tahun, menghasilkan lagu Justice For Zara Qairina, sebagai tanda perpaduan terhadap arwah.

Merasakan ada kelainan dalam siasatan kes membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah itu, Norsalim mengambil inisiatif dalam mencari kebenaran melalui seni.

Bukan hanya itu, Norsalim, yang kali terakhir bertugas di stesen KTMB, Segamat, Johor, mahu membuka mata rakyat Malaysia mengenai bahana gejala buli.

“Saya dengar banyak mengenai kes arwah Zara. Jadi, saya tengok ada sedikit kelainan daripada kes biasa. Pertama, arwah seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang diperlakukan dengan sangat kejam.

“Isu ini meruntun hati saya sebagai seorang bapa dan datuk. Kemudian saya cuba buat lagu ini secara suka-suka, sampailah terhasilnya lagu ini.

“Saya mahukan masyarakat di Malaysia ambil tahu terhadap kes buli yang berlaku. Bukan sahaja kes arwah Zara ini, tetapi untuk kes lain juga,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Mengenai pembikinan lagu Justice For Zara Qairina, Norsalim yang mempunyai enam anak dan 10 cucu memberitahu, beliau menggunakan janaan kecerdasan buatan (AI) dalam beberapa aspek.

Namun, keseluruhan lirik adalah garapan sendiri berdasarkan pemerhatian serta laporan mengenai kes berkenaan.

“Untuk lagu ini saya memang guna bantuan AI dari segi melodi, muzik dan suara penyanyi yang digunakan. Untuk bahagian rap, saya yang tetapkan begitu dengan masukkan ‘prompt’ (perkataan saranan) yang dimahukan.

“Dari segi lirik pula memang 100 peratus saya tulis sendiri. Saya hasilkan lagu ini kira-kira seminggu lalu dan ambil masa sehari sahaja.

“Tetapi, ada banyak kali percubaan sebab pada awal saya buat tak jadi dan muzik yang terhasil tak berapa sedap. Kemudian, saya terus mencuba sampailah dapat hasil sebegini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pesara berasal dari Batang Melak, Jasin, Melaka ini, mengakui mempunyai minat mendalam terutama dalam dunia teknologi.

“Saya minat dengan teknologi ini. Macam sekarang ada teknologi baru seperti AI. Jadi, pada saya, perlu untuk pelajarinya sebab kalau dahulu tidak ada,” katanya.

Sebelum ini, lagu Justice For Zara Qairina, ciptaan sepenuhnya Norsalim, yang dilancarkan seminggu lalu, tular di pelbagai wadah media sosial sebagai tanda perpaduan terhadap kematian tragis Allahyarhamha Zara.

Rata-rata, pengguna media sosial menggunakan karya yang disulam elemen rap itu sebagai muzik latar dalam setiap hantaran berkaitan Allahyarhamha Zara yang dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu.

Lagu itu turut menyerlahkan maksud mendalam seperti pengorbanan, kemarahan dan perpaduan rakyat Malaysia terhadap kematian tragis Zara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg