Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Agong M’sia ulangi ketegasan banteras rasuah habis-habisan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agong M’sia ulangi ketegasan banteras rasuah habis-habisan

Apr 01, 2024 | 03:50 PM



Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, mengulangi ketegasan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi sepenuh tumpuan dalam usaha memerangi gejala rasuah di negara ini.

Sultan Ibrahim menekankan perkara itu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, yang datang mengunjungi beliau di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 1 April.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan beliau sebagai Agong Malaysia.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees (bulan madu saya sudah tamat, sekarang pergi tangkap lebah itu),” katanya dalam satu catatan di laman Facebook rasminya.


Usai pertemuan hampir 30 minit itu, Sultan Ibrahim turut menyerahkan madu kepada Tan Sri Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’ beliau.

Dalam pertemuan itu, Tan Sri Azam antara lain mempersembahkan mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.

Pada 19 Mac lalu, Agong berkata tempoh ‘bulan madu’ beliau akan tamat tidak lama lagi dan beliau akan memulakan cara pemerintahannya yang sebenar.

Menurut Sultan Ibrahim, beliau memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh ‘bulan madu’ ini, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” katanya.

Mutakhir ini banyak siri kes rasuah berjaya dibongkar SPRM, antara lain termasuk yang melibatkan mantan pemimpin negara, penjawat awam merangkumi pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, selain individu perseorangan.

Sebelum ini dalam satu temubual bersama media pada 2023 sebelum menduduki kerusi Agong pada 31 Januari lalu, Sultan Ibrahim berkata menghentikan amalan rasuah menjadi antara tumpuannya apabila memikul tugas sebagai Ketua Negara.

Bagi beliau kerajaan yang stabil haruslah konsisten dengan dasar mampan yang diperlukan untuk memperbaiki ekonomi negara dan punca utama ketidakstabilan politik negara dicetuskan ‘perengus’ atau golongan tertentu yang kalah dalam pilihan raya.

“Ramai menyumbang ratusan juta sebelum pilihan raya. Bagaimana anda membayar mereka kembali, (adakah dengan) memberi mereka projek mega?


“Itu tidak akan berlaku apabila saya menjadi Agong. Sayang sekali, siapa yang meminta anda memberi (sumbangan politik),” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >