Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar: Kerajaan Perpaduan utuh, selamat tinggal ‘desperado’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar: Kerajaan Perpaduan utuh, selamat tinggal ‘desperado’

Apr 22, 2024 | 04:08 PM



SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini sangat kukuh dan mantap, biarpun wujud cubaan berterusan oleh pelbagai pihak untuk merobohkannya.


Beliau berkata Jemaah Menteri dipimpinnya juga sentiasa terbuka dalam membincangkan pelbagai isu dalaman, dengan ada isu diakui turut menyentuh kepentingan rakan dalam parti Kerajaan Perpaduan sendiri.

“Yang di luar (Kabinet) suara-suara yang tidak semestinya mewakili suara kepimpinan, saya harus akui ada sedikit sebanyak hal yang dirungkai di luar Jemaah Menteri, tetapi setakat ini belum ada petanda keretakan kecil sekalipun, antara PH (Pakatan Harapan), Umno-BN (Barisan Nasional), Sabah dan Sarawak.

“Yang ada hanya gerombolan-gerombolan desperados yang cuba adu domba dan saya beritahu mereka good luck and goodbye, it will not works (selamat tinggal dan semoga berjaya, ia tidak akan berhasil).”


“Bagi saya kerajaan ketika ini masih mantap dan kukuh,” katanya ketika menyampaikan Amanat Presiden di hadapan lebih 5,000 ahli dan pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC), Shah Alam, Selangor, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Anwar berkata demikian sebagai mengulas serangan serta kritikan sesetengah pihak, berhubung beberapa isu berbangkit termasuk afidavit Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi menyokong permohonan mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum (tambahan) Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah.

Datuk Anwar berkata Kerajaan Perpaduan juga dituduh tidak melakukan sebarang perubahan atau reformasi apabila mentadbir negara, namun beliau menegaskan kerajaan amat komited melaksanakan perubahan dan ia dilakukan mengikut kemampuan serta kebijaksanaan.

Beliau berkata dalam tempoh setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir, kerajaan tidak berkompromi dalam soal kebebasan badan kehakiman negara dan kekuatan badan penguat kuasa untuk bertindak dengan tegas tanpa campur tangan politik.

“Sekarang ini, badan kehakiman kita dikenali sebagai badan yang bebas… belum ada satu kes (mahkamah) di mana saya panggil ketua hakim (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) atau berunding (campur tangan) untuk menyelesaikannya.

“Kebijaksanaan kita (diperlukan) untuk mengekalkan dan bukannya untuk merobohkan kerajaan yang ada... perubahan kita akan lakukan tapi kepesatan dan kelajuan mengikut kemampuan serta kebijaksanaan, jangan kerana nak meneruskan agenda yang disenangi (oleh sesetengah pihak) hingga merobohkan kerajaan ini,” katanya.

Datuk Anwar berkata ada pihak yang menuduh kononnya Kerajaan Perpaduan hanya berdiam diri sehingga rakyat ‘menderita’, sebaliknya beliau berkata golongan yang ‘menderita’ hanya individu berpangkat yang menyakau duit rakyat.

Beliau berkata satu langkah atau gagasan terbaik untuk dilakukan ialah menghentikan amalan menggunakan kuasa, merompak dan menyakau harta negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >