Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar ulangi tiada syarat pembangkang perlu sokong PM untuk dapat peruntukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar ulangi tiada syarat pembangkang perlu sokong PM untuk dapat peruntukan

Apr 19, 2024 | 04:15 PM



KAJANG (Selangor): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan lagi beliau tidak pernah mengenakan syarat ketat berhubung peruntukan bagi Ahli Parlimen (AP) pembangkang, termasuk memaksa sembarang AP mengisytiharkan sokongan kepada beliau.


Sebaliknya, syarat yang ditetapkan tertumpu pada tujuan memastikan kerajaan stabil dan fokus terhadap pertumbuhan ekonomi, yang menjamin keamanan dan kestabilan.

Bagaimanapun, katanya, perincian mengenai syarat itu akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, kelak.

“(Perincian syarat bagi peruntukan pembangunan AP pembangkang) kita bagi mandat kepada Fadillah dan jawatankuasa.

“Tiada syarat supaya sokong Perdana Menteri seperti ditohmah oleh pembangkang. Perbincangan (sebaliknya) supaya kerajaan stabil dan kita tumpu pada pertumbuhan ekonomi yang menjamin keamanan dan kestabilan.

“Ini yang biasa, kita rangkul... yang terperinci mereka boleh bincang,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, Selangor, lapor Berita Harian Malaysia.


Terdahulu, Datuk Fadilah berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju akan mempertimbangkan menyalurkan peruntukan kepada AP pembangkang.

Menurutnya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat di Sri Perdana, Putrajaya, pada 17 April.

Sehubungan itu, katanya, satu draf Memorandum Persefahaman (MOU) akan dirangka terlebih dahulu, sebelum diluaskan kepada pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya.

Menyusul pengumuman kerajaan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) akan meneliti terlebih dulu syarat yang terdapat dalam draf MOU dirangka Kerajaan Perpaduan berkaitan peruntukan tersebut.

Beliau berkata sebagai pembangkang, PN akan membuat keputusan hanya selepas draf MOU itu ditelitinya.

Sementara itu dalam isu berasingan, Datuk Anwar menegaskan beliau enggan terbabit dalam perbincangan berkaitan titah adendum (tambahan) membabitkan tahanan di rumah bagi bekas perdana menteri, Najib Razak.

Beliau berkata ini kerana perbincangan mengenai titah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pendirian kerajaan bahawa semua urusan berkaitan Majlis Raja-Raja tidak boleh dicabar kekal sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menerima kenyataan berkenaan perkara itu dan terus memberi tumpuan bagi menjamin keamanan serta memperkukuh kestabilan politik dan membangunkan negara.

“Sebab ini saya enggan ulas (mengenai titah adendum) selain menyatakan ini prinsip kerajaan sejak merdeka.

“(Bagaimanapun) afidavit (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan isu ini difailkan atas kapasiti beliau sebagai presiden Umno,” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >