Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi 2 bulan patah kaki di JB: Pengasuh direman

Jul 25, 2024 | 11:07 AM
Bayi dua bulan patah kaki kiri disyaki didera pengasuh dalam satu kejadian di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.
Bayi dua bulan patah kaki kiri disyaki didera pengasuh dalam satu kejadian di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. - Foto SINAR HARIAN

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh ditahan reman bagi membantu siasatan seorang bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki akibat didera di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

Wanita 36 tahun itu ditahan reman enam hari sehingga 28 Julai ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian dan pembuangan kanak-kanak.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat, penahanan pengasuh terbabit dilakukan selepas ibu bapa bayi itu membuat laporan polis pada 21 Julai lalu.

“Kita sahkan menahan pengasuh terbabit yang disyaki mendera bayi itu hingga patah kaki,” katanya lapor portal Buletin TV3.

Sementara itu, luahan kekecewaan ibu bayi berkenaan tular di media sosial.

Wanita terbabit mendakwa beliau dan suaminya menyedari ada yang tidak kena dengan bayinya itu selepas mengambilnya daripada rumah pengasuh pada 20 Julai lalu.

Beliau berkata bayinya sentiasa menangis terutama ketika lampin pakai buangnya ditukar, malah menolak meminum susu selepas diberikan.

“Saya bertanyakan pengasuh mengapa kelakuan bayi saya agak berbeza, namun pengasuh memaklumkan beliau tidak menyedari sebarang perbezaan.

“Keesokan harinya, saya dan suami membawa bayi ke klinik dan doktor di situ meminta kami membawa bayi terus ke wad kecemasan hospital.

“Doktor yang membuat imbasan sinar X mendapati bahagian paha bayi patah menyebabkan kami terkejut,” katanya.

Beliau kemudian menelefon pengasuh bayinya bagi bertanya mengenai kecederaan berkenaan, namun wanita itu menafikan sebarang kejadian yang boleh menyebabkan kecederaan itu.

“Saya dan suami kemudian membuat laporan polis pada 21 Julai, selepas doktor mengesahkan kecederaan pada kaki bayi kami,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg