Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi tiga bulan maut dihempap bapa kena serangan jantung di Melaka

Jun 19, 2025 | 8:30 PM
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy, tiga bulan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Allahyarham Nurul Efendy Ibrahim, 35 tahun, turut ditemui tidak bernyawa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy, tiga bulan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Allahyarham Nurul Efendy Ibrahim, 35 tahun, turut ditemui tidak bernyawa. - Foto UTUSAN MALAYSIA

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas dipercayai lemas kerana dihempap lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah, Duyong di sini, pagi 19 Jun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Allahyarham Nurul Efendy Ibrahim, 35 tahun, turut ditemui tidak bernyawa, lapor Utusan Malaysia.

Abang Nurul Efendy, Encik Mohamad Hafizi Ibrahim, 40 tahun, berkata sebelum kejadian, Allahyarham ada mengadu mengalami sakit dada, namun enggan mendapatkan rawatan di klinik.

“Waktu kejadian, isterinya, Azura Abdul Malik, 37 tahun, tiada di rumah kerana keluar bekerja, bila dia pulang untuk bawa anak ke klinik kesihatan bagi pemeriksaan berkala, dia dapati adik saya sudah terbaring dan tangan kanannya menghempap bayi.

“Masa saya datang, saya nampak bayi dah kebiruan dan adik saya pun sudah tidak sedarkan diri, kami hubungi ambulans, tapi kedua-duanya disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui.

Difahamkan, Nurul Efendy, yang mengusahakan sebuah bengkel di hadapan rumahnya, tinggal bersama isteri dan bayi berkenaan, sementara dua lagi anak mereka berusia 17 dan 15 tahun berada di asrama.

Jenazah kedua-dua beranak itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg