Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bersatu M’sia serah pindaan Perlembagaan parti kepada pendaftar pertubuhan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Enam Ahli Parlimen, satu Adun mungkin perlu kosong kerusi jika pindaan dilulus

Bersatu M’sia serah pindaan Perlembagaan parti kepada pendaftar pertubuhan

Mar 11, 2024 | 08:06 PM



PUTRAJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan parti itu yang dibuat baru-baru ini.


Mantan Perdana Menteri itu berkata cadangan pindaan Perlembagaan yang dibuat itu adalah teratur dari segi teknikal dan ia adalah kehendak parti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung Khas yang diadakan pada 2 Mac.

“Dalam pertemuan tadi, ada pegawai (ROS) bersama. Kalau dari segi teknikalnya adalah teratur kerana ini adalah kehendak dan keputusan parti yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Khas dengan jumlah kehadiran melebihi daripada jumlah mesyuarat ditetapkan dan semuanya berjalan dengan baik.

“Itu sudah kita sempurnakan mengikut tatacara dan peraturan dikehendaki ROS dan saya diberitahu (cadangan pindaan) sudah mengikut peraturan ditetapkan. Saya mohon supaya ROS beri pertimbangan sebaiknya dalam tempoh segera,” katanya yang ditemui selepas menyerahkan cadangan pindaan Perlembagaan parti itu kepada ROS di Putrajaya pada 11 Mac, lapor Berita Harian Malaysia.


Dokumen cadangan pindaan antaranya sebagai cara membendung wakil rakyatnya daripada memberi sokongan kepada lawan itu diserahkan kepada Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad.

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti iaitu dengan memasukkan tambahan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Fasal 10.4 memperuntukkan mana-mana ahli Bersatu yang juga wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi selari dengan Fasal 10.5 disifatkan terhenti keahliannya daripada parti itu secara serta-merta.

Perkara 10.5 pula menyatakan Majlis Pimpinan Tertinggi boleh mengeluarkan arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakil rakyatnya di Dewan Rakyat atau DUN atau Dewan Negeri dan ia hendaklah dibuat secara bertulis.

Perkara 10.6 merujuk kepada Fasal 10.4 iaitu Setiausaha Agung, atas arahan Majlis Pimpinan Tertinggi, hendaklah mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan yang memaklumkan bahawa keahlian beliau terhenti secara serta-merta dan namanya dikeluarkan daripada sistem pendaftaran keahlian parti.

Pindaan itu dibuat selepas enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Encik Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Encik Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Pada 7 Mac, seorang Ahli DUN parti itu, Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang) turut memberi sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >