Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Had umur baru belia M’sia turun dari 40 ke 30 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Had umur baru belia M’sia turun dari 40 ke 30 tahun

Nov 24, 2023 | 02:43 PM



KUALA LUMPUR: Had umur belia di Malaysia diturunkan pada 30 tahun bermula Januari 2026, bukan lagi 40 tahun sebagaimana yang berkuat kuasa sekarang.


Menteri Belia dan Sukan, Cik Hannah Yeoh, berkata kerajaan telah menetapkan tarikh kuat kuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta A1602) pada 1 Januari 2026.

Beliau berkata pindaan itu antara lain melibatkan penurunan had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua ataupun pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat tahun sahaja.

Katanya penetapan tarikh itu adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Oleh itu kerajaan telah bersetuju dengan tarikh kuat kuasa berkenaan. Warta penetapan tarikh mula kuat kuasa telah pun disiarkan di laman sesawang Jabatan Peguam Negara pada 20 Nov 2023.

“Susulan daripada pewartaan ini adalah penting bagi KBS melakukan pemakluman pada hari ini kerana semua pihak berkepentingan berkaitan belia perlu cakna akan penguatkuasaan pindaan tersebut, khususnya berkaitan dengan had umur belia,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada Khamis.


Pada masa sama, Cik Hannah menekankan penurunan had umur berkenaan sejajar dengan Dasar Belia Malaysia dan takrifan umur belia di negara lain yang meletakkan had umur belia di bawah 30 tahun.

“Sebagai contoh Indonesia 16-30 tahun, Filipina 15-30 tahun, Thailand 15-24 tahun, Korea 9-24 tahun, Australia 12-24 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Cik Hannah berkata satu Jawatankuasa Bersama diketuai timbalannya, Encik Adam Adli Abd Halim bagi membincangkan program transisi serta strategi untuk memperkasa kepimpinan dan meningkatkan keahlian pertubuhan belia daripada golongan belia yang lebih muda.

Katanya satu kerangka pelan transisi akan disediakan secara perundingan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan pada suku pertama 2024 untuk melancarkan proses transisi itu.

Dalam perkembangan berasingan, Cik Hannah turut mengumumkan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan pemberian bantuan pentadbiran sebanyak RM5 juta ($1.43 juta) setiap tahun bermula tahun ini kepada MBM dan badan gabungan, tertakluk kepada Akta 668 bagi mengukuhkan tadbir urus dan operasi pertubuhan belia.

“Sokongan ini akan membantu MBM dan badan gabungan untuk lebih aktif dalam melaksanakan program-program belia,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >