Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IGP: Polis pengiring VVIP jangan tindak lebihi undang-undang

Nov 8, 2024 | 4:15 PM
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razaruddin Husain.
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razaruddin Husain. - Foto NST

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razaruddin Husain, memberi peringatan kepada anggotanya yang bertugas sebagai pengiring VVIP supaya tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Tegas beliau dua pendakwaan di mahkamah melibatkan anggota polis pengiring baru-baru ini telah mencemarkan reputasi pasukan keselamatan itu.

Beliau turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mana-mana anggota polis tidak akan menerima layanan istimewa.

“Jika anggota polis kita langgar undang-undang, kita akan mengambil tindakan segera. Tiada sesiapa yang kebal undang-undang,” katanya, lapor New Straits Times.

Tan Sri Razarudin menjelaskan terdapat bukti polis tidak kebal undang-undang kerana banyak tangkapan sebelum ini melibatkan anggota pasukan keselamatan yang kemudian didakwa di mahkamah.

Pada 4 November lalu, seorang anggota polis pengiring kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengaku bersalah atas kesalahan menyerang seorang pemandu kenderaan swasta kurang upaya (OKU), Encik Ong Ing Keong.

Anggota polis tersebut, Lans Koperal Muhammad Taufik Ismail, dijatuhi hukuman denda RM1,000 ($301) atas kesalahan mencederakan pemandu berusia 47 tahun itu yang mengalami masalah pendengaran.

Pada 7 November pula, seorang anggota polis, Mohd Fouzi Md Nur, bersama kerabat diraja Pahang, Tengku Eddie Akasya, serta tiga yang lain, dituduh menyerang seorang pekerja pembinaan jalan, Encik Alias Awang.

Merujuk dua kes tersebut, Tan Sri Razarudin berkata tindakan sedemikian telah mencemarkan reputasi keseluruhan pasukan polis.

“Anggota kita dalam pasukan mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak salahgunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka. Saya sudah katakan sebelum ini, dan akan katakan lagi... masa untuk amaran sudah berlalu.

“Jika anda melanggar undang-undang, anda akan berdepan dengan akibatnya,” tegasnya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg