Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mayat warga S’pura mati lemas di Desaru ditemui

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mayat warga S’pura mati lemas di Desaru ditemui

Dec 28, 2023 | 02:28 PM



Mayat seorang lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika mandi di pantai The Westin Desaru Coast di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, pada 27 Disember, ditemui pada awal pagi 28 Disember.

Encik Isaac Kelvin Tan Lee Thong, 49 tahun, dipercayai mati lemas dan mayat beliau ditemui orang awam di pantai itu, yang berhampiran sebuah hotel terkemuka pada 5.30 pagi.

Komander Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Encik Masri Ibrahim, berkata mayat beliau telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Menurut beliau, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berseluar pendek dan tidak berbaju, kira-kira lima kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa disahkan oleh isterinya, yang turut berada di tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Berita Harian.


Encik Masri berkata selepas penemuan mayat Encik Tan, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pihak berkuasa pada 8.15 pagi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari pada 27 Disember, Encik Tan dilaporkan mandi di pantai berkenaan bersama anak lelaki, Gabriel Ian Tan Way Ping, 15 tahun.

Mereka dilaporkan dipukul ombak ketika berada di gigi pantai, namun Gabriel dapat diselamatkan orang awam di situ sebelum anggota bomba tiba.

Menurut Encik Masri, ketika kejadian terdapat bendera merah dipasang di pantai itu menandakan keadaan laut berkenaan berbahaya dan tidak sesuai untuk kegiatan mandi-manda.

Seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, BBP Sungai Rengit dan BBP Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah hari 27 Disember.

Pasukan keselamatan membuat pencarian dengan menggunakan teknik pencarian permukaan atas air.


Sebelum ini, The Straits Times melaporkan resort berkenaan mematuhi “protokol keselamatan yang diperlukan”, termasuk membantu tetamu mendapatkan bantuan perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >