SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, memberi isyarat kepada rakyat negeri itu untuk bersedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut.

Datuk Aminuddin memberi bayangan itu menyusuli tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang dilihat masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Umno-Pakatan Harapan (PH).