Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Padah ancam Agong di Facebook, pekebun sawit didenda RM12,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Padah ancam Agong di Facebook, pekebun sawit didenda RM12,000

Apr 22, 2024 | 05:04 PM



KUALA LUMPUR: Seorang pekebun sawit dikenakan hukuman denda RM12,000 ($3,420) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membuat hantaran bersifat mengancam kepada Yang di-Pertuan Agong menerusi Facebook, pada 2023.


Hakim Siti Aminah Ghazali memutuskan hukuman itu pada 22 April terhadap Samsuri Ramli, 45 tahun, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan berkenaan.

Mahkamah juga memerintahkan Samsuri dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut tuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat mengancam dalam bentuk gambar bertulis ‘PN (Perikatan Nasional) Best Amaran Anak Muda Kepada YDPA (Yang di-Pertuan Agong)‘ dan ‘Turunkan Anwar (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) Atau Kami Turunkan Agong’ dengan niat menyakitkan hati orang lain.


Kesalahan dilakukan melalui laman sosial Facebook dengan profil ‘SamBanjar Perak’ pada 5.33 petang, 13 Ogos 2023.

Tuduhan terhadap Samsuri dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Samsuri yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan ada tanggungan ibu, isteri dan empat anak yang masih bersekolah.

“Saya anak peneroka yang bekerja di Felda dengan pendapatan tidak tetap, ada kerja baru ada gaji,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Timbalan Pendakwa Raya, Cik Nurilya Ellyna Nor Azmal, berkata tindakan dilakukan Samsuri tidak wajar dan tidak melambangkan kesetiaan serta hormat kepada raja, jadi hukuman setimpal sebagai pengajaran perlu dikenakan supaya masyarakat tidak ambil ringan penggunaan media sosial.

Dalam kes berasingan di Kemaman, Terengganu, seorang sukarelawan penguat kuasa syariah negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman pada 22 April, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis, pada 19 April lalu.

Tertuduh, Shahar Rudin Abd Rashid, 53 tahun, minta dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Berdasarkan tuduhan, Shahrul Rudin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa, 25 tahun, dengan memeluk pinggang bagi maksud mencabul kehormatannya di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, kira-kira 7 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >