Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pekerja selenggara maut kepala tersepit lif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pekerja selenggara maut kepala tersepit lif

Dec 27, 2023 | 11:06 AM



GEORGETOWN: Usaha seorang pekerja penyelenggaraan membantu seorang lelaki yang terperangkap dalam lif bertukar tragedi apabila beliau maut selepas kepalanya tersepit pada pintu lif yang tiba-tiba bergerak turun.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, 26 Disember itu, di satu kompleks beli belah di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang itu, mangsa Encik R Tinesh Kumar, 28 tahun, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sebelum kejadian malang itu, mangsa dikatakan mahu memeriksa keadaan lif yang rosak dengan seorang lelaki berusia 53 tahun terperangkap di dalamnya, selepas ia tiba-tiba berhenti di antara tingkat satu dengan aras lantai.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Encik Ahmad Rezki Faris Ismail, berkata sebaik pihaknya tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki didapati berada dalam keadaan kepalanya tersepit pada pintu lif dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang bertugas pada masa itu dikatakan datang ke lokasi bagi memeriksa keadaan sebelum tiba-tiba lif berkenaan bergerak turun. Akibatnya, kepala mangsa tersepit pada pintu berkenaan

“Di dalam lif berkenaan terdapat seorang penumpang yang juga lelaki berusia 53 tahun dan pasukan penyelamat kemudian melakukan tugas khas mengeluarkan kedua-dua mangsa yang selesai dalam tempoh 10 minit,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 26 Disember.


Beliau berkata mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut, manakala penumpang lif itu tidak mengalami kecederaan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >