BEIJING: Beberapa rakan dagang utama Amerika Syarikat di Asia membantah cadangan tarif terbaru Presiden Donald Trump, dengan sebahagiannya berusaha mempercepat rundingan perdagangan bagi melindungi kepentingan ekonomi masing-masing.
China, Jepun dan India menolak dakwaan Washington bahawa pengeluaran industri berlebihan di negara mereka menjejaskan sektor perkilangan Amerika.
Korea Selatan pula menyatakan akan mengadakan rundingan lanjut dengan Washington, manakala Vietnam mahu segera memuktamadkan...





