BAITULMAQDIS: Para penunjuk perasaan menyekat lapangan terbang dan lebuh raya utama Israel pada Selasa ketika pakatan sayap kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meneruskan rang undang-undang kehakiman yang menimbulkan perpecahan mendalam dalam beberapa dekad di negara itu.
Sehari selepas Parlimen meluluskan elemen penting dalam rang undang-undang yang bertujuan mengekang kuasa Mahkamah Agung, ramai penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil menyekat lalu lintas...





