Masyarakat Islam Singapura akan mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac, setelah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Ramadan untuk tahun 1445 Hijrah jatuh pada hari tersebut.
Mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam pada petang 10 Mac kerana ia terlalu kecil dan tidak mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang...





