SEORANG lelaki warga Singapura yang menggunakan nama Twitter 'SharonLiew86' dan menerbitkan pesanan menghina kaum lain di platform media sosial itu telah didakwa di mahkamah pada Khamis (2 Julai).
Zainal Abidin Shaiful Bahari, 34 tahun, dikenakan empat tuduhan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan keharmonian kaum.





