ROME: Paolo Rossi, wira kempen pasukan Italy yang memenangi Piala Dunia 1982 , telah meninggal dunia pada usia 64 tahun.
Berita itu diumumkan semalam oleh saluran televisyen Itali, RAI Sport, di mana Rossi bertugas sebagai pengamat bola sepak.
ROME: Paolo Rossi, wira kempen pasukan Italy yang memenangi Piala Dunia 1982 , telah meninggal dunia pada usia 64 tahun.
Berita itu diumumkan semalam oleh saluran televisyen Itali, RAI Sport, di mana Rossi bertugas sebagai pengamat bola sepak.
Impian jadi nyata.
Begitulah kisah Encik Muhammad Ariel Syakir Mohamed Helmi, 19 tahun, yang pernah bermimpi untuk menyertai Ensembel Tarian Politeknik Temasek (TPDE), satu kegiatan kokurikulum (CCA) tarian moden di Politeknik Temasek (TP), setelah tamat peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ beliau pada 2023.
Bagi Adam Haqque, 13 tahun, perkara paling bermakna yang dibawa pulang daripada Kem Futsal Belia Mapletree bukanlah kemahiran baharu menggelecek atau menjaringkan gol, sebaliknya persahabatan yang terjalin sepanjang kem itu.
Menyertai program tersebut buat kali ketiga, beliau antara peserta yang melihat sukan bukan sekadar medan persaingan, malah wadah membina keyakinan diri, semangat berpasukan dan hubungan dengan rakan baharu.
PARIS: Gelombang haba melampau yang melanda Eropah terus bertambah buruk pada 25 Jun apabila suhu tinggi memecahkan rekod di beberapa negara, menekan sistem kesihatan, mengganggu operasi tenaga dan memaksa pemerintah memperketat langkah kecemasan.
Menurut pengiraan agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 101 juta penduduk Eropah dijangka berdepan suhu melebihi 35 darjah Celsius, termasuk kira-kira 50 juta orang di Perancis dan 18 juta...
JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mempertahankan dasar utama pentadbirannya termasuk program makanan berkhasiat percuma, sambil menegaskan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat dan keselamatan makanan negara mesti diteruskan walaupun berdepan kritikan.
Berucap pada pembukaan Minggu Tani dan Nelayan Nasional ke-17 di Gorontalo pada 24 Jun, Encik Prabowo berkata isu kelaparan dan pemakanan rakyat tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan masa depan...
Sedang rakan sebayanya mungkin menghabiskan cuti sekolah dengan bermain permainan video atau bersiar-siar, Rumi Rangkayo Noorman, sembilan tahun, memilih menceburi sesuatu yang berbeza.
Ditemani bapanya, Encik Mohammed Noorman Mubarak, atlet cilik tersebut mengembara selama 14 hari, dari 31 Mei hingga 13 Jun, ke bumi Dagestan, Russia, untuk menguji keupayaan diri menentang jaguh-jaguh muda tempatan dalam sukan gusti atau ‘grappling’.





