KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun sekumpulan penjenayah yang memecah masuk sebuah rumah di Felda Chini Timur 1 di Pahang pada Mac lalu ditangkap kerana disyaki dalang sebenar jenayah itu.
Ketua Polis Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata wanita berusia 27 tahun itu membuat laporan pada 20 Mac lalu mendakwa disamun oleh empat lelaki bertopeng...





