KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen, pada 23 Jun, menetapkan 13 April 2026 sebagai tarikh mula perbicaraan kes pecah amanah membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.
Hakim Rosli Ahmad menetapkan 15 hari untuk perbicaraan kes bermula 13 hingga 17 April , selain 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026, lapor Berita...





