Satu video yang disiarkan di laman Instagram pusat polis kejiranan Hougang yang memberi amaran kepada penonton agar tidak terjebak dalam penipuan cinta telah menyebabkan mereka melaporkan satu lagi jenis jenayah: hati yang dicuri.
Video yang bernada gurauan itu, yang disiarkan pada Hari April Fool, atau 1 April, telah mendapat lebih 2.8 juta tontonan, lebih 110,000 ‘like’ dan sekitar 1,500 komen.





