LOS ANGELES: Amazon.com merancang memberhentikan lebih 18,000 pekerja, jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding yang dirancang sebelum ini. Langkah itu juga menandakan kelembapan yang semakin teruk dalam sektor teknologi. Jumlah itu juga merupakan jumlah terbesar pekerja yang dirancang diberhentikan sebuah syarikat teknologi besar sejauh ini. Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Encik Andy Jassy, mengumumkan langkah itu menerusi e-mel kepada kakitangan syarikat...





