FORT Siloso di Sentosa (gambar atas) boleh menjadi Monumen Negara yang ke-74 menyusuli cadangan untuk diwartakannya, kata Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB) semalam.
Tapak bersejarah itu akan diwartakan bulan depan jika cadangan itu diluluskan, dan akan menjadi Monumen Negara yang kelapan berkaitan Perang Dunia Kedua di pulau itu.





