SEORANG pemandu van pengiriman telah menyebabkan kematian warga emas berusia 72 tahun dalam satu kemalangan pada 2021 setelah dia mengalihkan pandangannya daripada jalan raya dan gagal melihat orang tua itu sedang melintasi jalan.
Romzi Abdul Wahab, 46 tahun, pada Isnin (10 Oktober) dihukum penjara 14 minggu selepas dia mengaku bersalah atas satu dakwaan memandu tanpa memikirkan tentang keselamatan orang lain...





