MANCHESTER: Pep Guardiola mencabar Erling Haaland untuk menjadi legenda Manchester City selepas penyerang Norway itu sekali lagi menjaringkan hatrik, membantu kelab itu mengatasi Nottingham Forest 6-0 semalam.
Haaland memusnahkan Forest dengan tiga gol dalam tempoh 26 minit di babak perlawanan pertama di Stadium Etihad, hanya empat hari selepas beliau merakam hatrik dalam kemenangan ke atas Crystal Palace.





