Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ejen pelancongan S’pura teroka destinasi alternatif di luar kawasan konflik

Dec 02, 2023 | 05:30 AM



Sebahagian besar ejen pelancongan anggota Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) kini menumpukan pada pakej umrah sahaja, dan menghentikan sementara pakej pelancongan atau umrah sambil wisata ke Baitulmakdis.

Ada yang menumpukan wisata ke destinasi alternatif luar dari kawasan konflik Israel-Palestin, seperti Jordan, kata setiausaha Amtas, Ustazah Juyda Noor Mohamad.

Beliau memberitahu Berita Harian semua anggota persatuan itu telah menangguhkan atau mengubah jadual perjalanan bagi kawasan terjejas bagi November dan Disember, selari dengan nasihat perjalanan terkini.


Beliau, yang juga Pengarah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, berkata: “Beberapa ejen pelancongan mengubah perjalanan dari Baitulmakdis ke Jordan dan beberapa agensi memutuskan untuk tumpu sepenuhnya pada pakej utama, iaitu pakej umrah.”

Pada 11 Oktober, presiden Amtas, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, menasihatkan agar anggota persatuan itu menunda semua rancangan pelancongan ke Baitulmakdis.

Beliau berkata pendirian Amtas itu sejajar dengan makluman terkini daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 8 Oktober, yang menasihatkan agar rakyat Singapura mengelakkan semua jenis perjalanan ke Tebing Barat, Jaluran Gaza dan perjalanan tidak penting ke Israel.

Makluman MFA itu menyusuli serangan kumpulan Hamas, yang memerintah Jaluran Gaza, ke atas Israel pada 7 Oktober.

Ustazah Juyda juga berkata buat masa ini Amtas tidak mempunyai maklumat berkenaan jumlah jemaah yang terjejas oleh pembatalan wisata bagi destinasi terbabit.

Namun, beliau berkata rata-rata semua jemaah tersebut “mengikuti rancangan terbaik seperti yang dinasihatkan ejen pelancongan” masing-masing.

Antara ejen pelancongan yang menawarkan wisata ke Baitulmakdis dan sepatutnya berangkat ke sana pada 25 November ialah Halijah Travel Pte Ltd. Pengurus Besar syarikat itu, Encik Haffidz Abdul Hamid, berkata wisata tersebut adalah selama 10 hari dan melibatkan 30 jemaah.

Menyusuli nasihat MFA, pihaknya membatalkan wisata itu dan telah memulangkan wang pelanggan.

Begitu juga Hamidah Travel and Tours, yang menawarkan empat pakej Jejak Rasul meliputi Kahirah, Baitulmakdis serta Jordan dan dua pakej umrah sambil wisata ke Baitulmakdis.

Menurut pengarah syarikat itu, Encik Badruzzaman Abdul Majid, pakej Jejak Rasul, dengan keberangkatan pada Disember 2023, telah dibatalkan dan menjejas sekitar 180 jemaah, manakala pakej umrah sambil wisata ditukar ke destinasi Turkey.

“Deposit yang telah dibayar kepada pihak penerbangan tidak dapat dipulangkan namun pihak penerbangan membenarkan kegunaan perjalanan pada masa hadapan.

“Baki pembayaran kecuali deposit kepada pihak penerbangan sudah dipulangkan (kepada jemaah terjejas),” ujarnya.

Menurut nota taklimat media Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) pada 3 November, situasi di Tebing Barat, termasuk Timur Baitulmakdis, “tegang dan mendesak” di tengah-tengah “pencabulan hak asasi manusia yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin”.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB, sejak 7 Oktober hingga 26 November, 230 rakyat Palestin – termasuk 56 kanak-kanak – terbunuh di Tebing Barat.

Laporan daripada laman rasmi Kedutaan Amerika Syarikat di Israel pula menyatakan pemerintah Israel melarang kemasukan ke Israel dari Tebing Barat bagi sembarang warga negara sejak 7 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >