Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hak Israel pertahan diri tidak bermakna boleh bunuh orang awam sembarangan: Shanmugam

Nov 19, 2023 | 12:34 PM



Israel mempunyai hak untuk mempertahan diri namun ini tidak bermakna boleh membunuh orang awam sembarangan atau menyebabkan pemindahan seluruh penduduk secara beramai-ramai, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Hukuman secara kolektif juga terlarang dalam konteks apa yang sedang berlaku di Gaza sekarang, ujarnya.

Menerusi laman Facebook beliau pada Sabtu, Encik Shanmugam berkata:

“Skala tragedi di Gaza amat besar. Ribuan orang dibunuh.

“Pembinasaan pada skala ini amat sukar untuk diterima.”

Komen Encik Shanmugam itu adalah sebagai respons kepada tulisan diplomat kanan yang sudah bersara, Encik Bilahari Kausikan, yang diterbitkan di The Straits Times (ST) pada 11 November 2023.


Dalam tulisannya, Encik Kausikan berkata warga Singapura tidak harus menolak kedalaman trauma yang ditimbulkan oleh kebiadaban serangan 7 Oktober oleh kumpulan Hamas.

Tambahnya, ini tidak boleh dibenarkan berlaku atas apa jua alasan.

Encik Kausikan berkata respons Israel bukan perang balas dendam dan mereka sedang melaksanakan hak untuk mempertahan diri demi memulihkan pencegahan.

Sementara Encik Kausikan telah mengecam tindakan Hamas, Encik Shanmugam berkata tulisannya tidak menekankan tindakan terlarang oleh pemerintah Israel selama bertahun-tahun.

Ini termasuk membina petempatan di Tebing Barat dan menghalang penyelesaian dua negara.

Tambahnya, tulisan Encik Kausikan juga tidak menangani isu sekatan berat yang dikenakan pada penduduk Gaza dan menafikan rakyat Palestin daripada sebarang harapan.

“Sebenarnya tindakan pemerintah Israel adalah sebaliknya daripada undang-undang antarabangsa, dan bersifat menindas rakyat Palestin.

“Hal ini boleh dikatakan sementara juga menerima bahawa sebahagian kepimpinan Palestin telah bertindak dengan buruk dan mahukan seluruh Israel dihapuskan,” kata Encik Shanmugam.

Tambahnya, kedua-dua kepimpinan Israel dan Palestin bertanggungjawab bagi situasi sekarang dan proses keamanan tidak menunjukkan kemajuan.

Encik Shanmugam turut menarik perhatian tulisan oleh peguam dan pemimpin masyarakat, Encik Ahmad Firdaus Daud yang diterbitkan di ST pada Sabtu, yang menawarkan perspektif berbeza dan wajar dibaca.


Dalam tulisannya, Encik Firdaus menarik perhatian bahawa apa yang ditulis Encik Kausikan adalah fakta, namun mempersoal cara beliau menyifatkan tindakan Israel di Gaza.

Menurutnya, Encik Kausikan telah mengetepikan pertimbangan utama di bawah undang-undang antarabangsa dan tidak mencerminkan pendekatan berprinsip yang diambil dalam kedudukan nasional Singapura dalam isu ini.

“Untuk mengekalkan kredibiliti kita di peringkat antarabangsa, dan untuk memastikan perpaduan sosial, kita harus menahan diri daripada retorik yang menggalakkan keganasan atau merasionalisasikan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menjelaskan komitmen kita terhadap keadilan dan prinsip norma antarabangsa,” kata Encik Firdaus yang juga membantu Encik Shanmugam di Sesi Bertemu Penduduk (MPS).

Sedang perang Israel-Hamas berterusan, Biara Kong Meng San Phor Kark See di Singapura telah mendermakan $50,000 kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bagi penduduk Gaza.

“Sangat menggalakkan. Inilah Singapura,” ujar Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >