Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghuni flat HDB boleh pelihara sehingga dua kucing serumah mulai lewat 2024

Dec 02, 2023 | 09:59 PM



Penghuni flat HDB akan dibenar memelihara kucing di rumah masing-masing tidak lama lagi, dengan pemerintah sedang mengusahakan usulan untuk meniadakan larangan memelihara kucing di flat awam yang telah berkuatkuasa lebih tiga dekad. 

Dua kucing akan dibenarkan bagi setiap flat HDB dan tiga kucing bagi premis privet, di bawah rangka kerja pengurusan kucing yang diumumkan  Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How pada 2 Disember.

Kucing peliharaan perlu dipasangkan dengan mikrocip dan berlesen, antara beberapa langkah yang diusul untuk mempertingkat pengurusan dan kesejahteraan kucing peliharaan dan kucing dalam kejiranan.

Cadangan yang diusulkan itu akan dibentangkan selama dua bulan kepada pihak awam yang boleh memberikan maklum balas sebelum ia dilaksana pada bahagian kedua 2024, kata Encik Tan, di acara bagi haiwan peliharaan, Pet’s Day Out yang diadakan di Taman Bishan-Ang Mo Kio.

Pemilik kucing akan diberikan tempoh peralihan dua tahun untuk memenuhi syarat pelesenan. Semasa tempoh ini, pemilik kucing boleh mendapatkan lesen secara percuma.

Apabila perubahan berkuatkuasa, memelihara kucing tanpa lesen adalah haram dan pemilik kucing boleh dikenakan denda serupa dengan yang kini diperuntuk bagi pemilik anjing.

Pemilik anjing boleh didenda sehingga $5,000 jika tidak mematuhi syarat pelesenan.

Had dua kucing bagi satu isi rumah mengambil kira pandangan pemilik kucing dan bukan pemilik kucing dan bertujuan mengekalkan sekitaran kehidupan harmoni bagi semua, kata Encik Tan.

Penghuni flat HDB tidak dibenarkan memelihara kucing sejak tahun 1989 dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga $4,000 jika didapati memelihara kucing, berdasarkan Peraturan (Haiwan) Perumahan dan Pembangunan. 

Namun tindakan biasanya diambil ke atas pemilik flat jika pihak berkuasa menerima aduan kucing mereka menyebabkan gangguan. 

Pihak berkuasa sedar ada isi rumah yang memiliki lebih banyak kucing peliharaan daripada had yang ditetapkan, kata Encik Tan. 

Justeru, semasa tempoh peralihan, pemilik kucing sedemikian boleh memohon lesen bagi semua kucing yang dipelihara.

Namun, lesen hanya diberikan mengikut keputusan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), cabang Lembaga Taman Negara (NParks) yang boleh melakukan pemeriksaan, kata Encik Tan, menambah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >