Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanggapan kenaikan GST jejas golongan susah tidak tepat

Lawrence: Pemerintah tidak akan teragak-agak ambil langkah tambahan bantu keluarga, niaga jika keadaan makin buruk
Mar 03, 2022 | 05:30 AM



KENAIKAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak menjejas golongan miskin kerana pemerintah telah menyusun kenaikan itu serta pakej sokongan untuk mengurangkan kesannya, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Encik Wong berkata demikian dalam ucapan menggulung perbahasan Belanjawan 2022 semalam, bagi menjawab soalan Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang mengatakan kenaikan GST adalah regresif dan menjejas golongan miskin secara tidak seimbang.



Menurut beliau, dengan skim Baucar GST yang dipertingkatkan, kadar GST efektif bagi golongan penduduk 30 peratus terbawah tidak berubah.



Buat masa ini, isi rumah berpendapatan lebih rendah membayar kadar GST efektif yang jauh lebih rendah berbanding isi rumah berpendapatan tinggi.



Kadar GST efektif mengambil kira skim baucar GST tetap serta kadar GST yang diserap pemerintah bagi penjagaan kesihatan dan pendidikan bersubsidi.



"Maka itu, tidak benar bahawa kenaikan GST ini akan menjejas golongan miskin, dalam sistem yang kami susun," tekan Encik Wong semasa menggulung perbahasan selama tiga hari.



Jelas beliau, secara purata, 10 peratus isi rumah terbawah tidak membayar sebarang GST selepas menerima bantuan. "Ini termasuk banyak isi rumah pesara tanpa pendapatan," jelas beliau.



Bagi golongan isi rumah kedua terendah, kadar efektif GST juga amat rendah manakala kadar GST efektif bagi keluarga pendapatan pertengahan adalah jauh lebih rendah daripada kadar asas 7 peratus selepas sokongan diberi.



Keadaan ini akan serupa apabila GST dinaikkan akhirnya kepada 9 peratus pada 2024, kata Encik Wong, dengan kadar GST efektif bagi 30 peratus isi rumah terbawah tidak berubah kerana skim Baucar GST tetap akan mengurangkan kesan kenaikan itu.



GST akan dinaikkan dari 7 kepada 8 peratus bermula 1 Januari tahun depan, dan kemudian kepada 9 peratus pada 1 Januari 2024.



Mengenai isu masa kenaikan GST dilaksanakan, Encik Wong memahami keprihatinan berkaitan inflasi dan kos sara hidup, dengan ada anggota Parlimen bertanya apa yang akan berlaku jika inflasi terus melambung dan sama ada lebih baik untuk menunggu selepas inflasi reda.



Kata beliau, langkah menaikkan GST telah ditimbangkannya dengan penuh berhati-hati dan tidak boleh ditangguhkan lagi ekoran keperluan pendapatan yang mendesak.



Pada masa sama, pemerintah tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah tambahan untuk membantu keluarga dan perniagaan tempatan sekiranya keadaan di luar negara - seperti krisis Russia dan Ukraine - semakin memburuk.



"Jika inflasi terus melambung dan menjadi lebih tinggi daripada dijangkakan, kita akan tangani ini secara berasingan dan kita mempunyai sumber dan alat untuk melakukannya," ujar Encik Wong, yang memberi contoh dasar kewangan dan bantuan secara langsung kepada perniagaan dan isi rumah.



Encik Wong menarik perhatian bahawa beberapa AP termasuk Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) melahirkan perlunya untuk menyaksikan pendapatan tempatan tumbuh lebih pantas daripada harga.



Beliau menjelaskan Singapura telah mencapai kemajuan baik dalam hal ini sejak 10 tahun lalu, sedang pendapatan median dari segi nyata, meningkat sekitar 3 peratus setiap tahun, lebih pantas daripada negara maju lain seperti Amerika Syarikat.



"Kita akan terus bekerja keras untuk memastikan kenaikan pendapatan nyata dapat dikekalkan dalam tahun-tahun mendatang bagi semua segmen tenaga kerja," terang Encik Wong.



DI DALAM






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >