Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA batal beberapa penerbangan ke, dari New York dek ribut salji

Dec 26, 2025 | 4:59 PM
singapore airlines, sq, new york, snowstorm
Ratusan penerbangan telah dibatalkan di lapangan terbang utama New York, Amerika Syarikat, apabila ribut musim sejuk melanda bandar itu serta kawasan sekitarnya. - Foto ST

Beberapa penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke dan dari New York dibatalkan susulan ribut salji yang melanda bandar utama di Amerika Syarikat itu.

Penerbangan SIA yang dibatalkan adalah seperti berikut:

  1. SQ23 berlepas dari New York (John F. Kennedy) ke Singapura pada 26 Disember, 10.05 malam;
  2. SQ24 berlepas dari Singapura ke New York (John F. Kennedy) pada 26 Disember, 12.10 tengah hari;
  3. SQ25 berlepas dari New York (John F. Kennedy) ke Frankfurt pada 26 Disember, 8.15 malam;
  4. SQ26 berlepas dari Frankfurt ke New York (John F. Kennedy) pada 26 Disember, 8.35 pagi;
  5. SQ21 berlepas dari New York (Newark) ke Singapura pada 27 Disember, 5.45 petang;
  6. SQ22 berlepas dari Singapura ke New York (Newark) pada 27 Disember, 5.30 pagi.

Semua waktu adalah waktu tempatan.

Ratusan penerbangan turut dibatalkan di lapangan terbang utama New York apabila ribut musim sejuk melanda bandar itu serta kawasan sekitarnya, lapor The Straits Times (ST).

Salji tebal dijangka mula turun di New York City dan di seluruh Long Island dari petang 26 Disember hingga 27 Disember, dengan penurunan salji sehingga 20 sentimeter sebelum ribut beransur reda.

SIA berkata dalam satu makluman di laman webnya bahawa memandangkan keadaan masih berubah-ubah, penerbangan lain juga mungkin terjejas.

Menurutnya, pelanggan boleh melayari halaman Status Penerbangan di laman web syarikat itu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka.

SIA turut memaklumkan pihaknya akan menghubungi semua pelanggan terjejas bagi memaklumkan pembatalan penerbangan tersebut.

Penumpang yang terjejas akan ditempatkan semula pada penerbangan alternatif atau boleh memohon bayaran balik penuh bagi bahagian tiket yang tidak digunakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg